Cerita-cerita yg sebelum ni adalah cerita dari mulut abang aku yang suka psycho aku masa kecik-kecik dulu. Susah nak percaya. Aku rasa dia buat macam tu supaya aku ni tak buat benda yg bukan-bukan. Senang nak kontrol.
Tapi, cerita kali ini adalah bertaraf MASTIKA. Sanadnya bermula dari mulut emaknya, kepada emak aku dan kepada aku. Oleh kerana orang tu masih hidup, aku pernah minta pengesahan sendiri daripadanya tapi, ye la, pertanyaan budak-budak, orang tu jawab pun taraf budak-budak.
Aku tak tahu tahun bila kisah tu terjadi, tapi cerita tu heboh masa aku di awal sekolah rendah. Orang tu kami panggil Abg Tan. Tan bukan nama sebenar. Aku tak tahu nama sebenar dia sebab sampai sekarang pun aku panggil dia Abg Tan. Tan itu adalah gelaran pangkat untuk
org Perak, sama macam Long, Ngah, Usu dll yg biasa kita dengar. Skrg ni, umur dia mungkin dah cecah 70thn tapi masih single!
Abg Tan orangnya sederhana dan jujur. Juga seorang yg zuhud. Keluarganya semua berpendidikan agama, malah kedua org tuanya [jiran bapak aku] adalah guru mengaji untuk budak-budak kampung. Tapi, aku tak pernah mengaji kat situ. Aku mengaji kat rumah, bapak [kini arwah] aku yang ajar sebab bapak aku pun guru agama kampung jugak.
Masa umurnya, aku rasa, sekitar 30an dia telah bina sebuah pondok 8'x10' yg bertiang tinggi. Dua pokok langsat dijadikan tiang, dua lagi kayu hutan. Macam 'Ran'. Kenderaannya cuma sebuah basikal. Cuma sejak kakinya sakit 5 thn lepas, dia naik motor kapcai cabuk.
Masa kecik, kami suka singgah dan bermain di bawah pondok dia. Dia pun suka bercerita kpd budak-budak. Pernah satu hari tu dia usap kepala aku, kemudian dia kata aku ni cerdik. Aku tanya kenapa, dia kata dia tengok dahi aku luas. Sampai skrg aku ingat kata-kata dia tu. Aku tak tahu sama ada dia kuasai Kasyaf atau kata-kata dia buatkan aku percaya pada diri sendiri hingga aku jadi begini.
Diceritakan oleh yg empunya cerita, bahwasanya puteri Bunian memang suka berlakikan orang yg jujur. Dikatakan pada suatu hari, ketika Abg Tan berbasikal ke kebunnya yg terletak 5km dari kg kami, dlm tak sedar dia sedang diperhatikan oleh sesuatu dari dalam hutan.
Perjalanan ke kebunnya di Kg Belt menempuh jalan yg berjiran dgn hutan paya rotan, Bungor dan Leban, juga Enau dll. Dikatakan juga, disitulah kisah CINTA itu bermula.
Awek Bunian tu sering menjelma sebagai awek cun yang menunggunya di tepi jalan, subuh dan senja. Cerita tentang awek Bunian di kawasan paya tu memang satu kampung dah tau. Satu daerah juga tahu sebab kawasan tu dianggap 'keras'. Kalau senja memang org tak lalu ikut
situ. Tapi, Abg Tan seorang yang berani. Dia terserempak awek Bunian tu dan dia boleh layan. Dia tak kisah pun.
Oleh kerana sapaannya bersahut, cinta awek Bunian telah berbunga, berputik lantas berbuah. Satu rombongan keluarga si awek Bunian telah dihantar ke rumah org tua Abg Tan untuk bertanya dan meminang Abg Tan. Ketika inilah cerita percintaan dua dunia ni terbongkar!
Malam itu, rombongan meminang itu memberi salam kpd Pakcik Khamis dan makcik Sareah [ke-2nya arwah]. Salam bersahut tapi kelibat tak kelihatan. Tapi, adat org Malayu, tetamu yg datang mesti dijemput masuk. Setelah berbunga-bunga bicara, hajat pun disebut oranglah. Org tua Abg Tan panjang akalnya, dia kata dia kena rujuk kpd beberapa org. Rombongan itu pun pulang.
Keesokkan harinya, org tua Abg Tan merujuk perkara tu kepada bapak aku selaku jirannya. Bapak aku kata Adam dan Hawa tu dua-duanya dari tanah, sedangkan mereka itu dari golongan Jin. Bapak aku kata, Tuhan menciptakan makhluk ini untuk hidup berpasangan. Dan pasangan itu ditakrifkan sebagai dari golongan yang sama. Jadi, jawapan sepatutnya adalah TIDAK BOLEH.
Keputusan telah disampaikan kepada awek Bunian tu. Apalagi, patah luluh hatinya. Rajuk yg tak sudah-sudah. Aku rasa, Abg Tan pun merajuk. Tak lama selepas tu, Abg Tan jarang balik kg aku. Dia dah bina sebuah lagi pondok di kebunnya di Kg. Belt. Bila ditanya kenapa duduk sorang-sorang di kebun tu, dia kata tak payah ulang-alik lagi. Tapi, aku rasa dia frust nonggeng ...
Ada juga cerita yang mengatakan mereka kawen senyap-senyap bila ayah Abg Tan meninggal. Dan ada juga cerita yang dia orang tu dah ada anak. Tapi, sampai sekarang aku tak sanggup nak tanya dia. Bukan kerana aku takut, cuma tak mahu kalau-kalau memang benar dia tak
jadi kawen dengan awek Bunian tu, pertanyaan aku tu pasti akan mengguris hatinya....
Kehidupan kg memang tak boleh lari dengan cerita Bunian. Ada satu kes yg lebih menarik disekitar Langkap, terjadi pada akhir 80an, diceritakan sendiri oleh Kiyai Hamzah, kawan baik bapak aku, masa kami mimum kopi di pekan Langkap. Sanad ceritanya langsung dari mulut Kiyai tu. Kisahnya lebih trajis dan misteri dari kisah Abg Tan...
.
16 comments:
alaahai cinta terhalang...mm tp awek bunian sure cun!
anak saudara akak (masa tu berumur 6 tahun) pernah kena sembunyi dengan orang buniyan ni. Satu hari (tengahari) dia main kat depan rumah. Tiba-tiba je hilang. Puas mak bapak atuk nenek pakcik makcik mencari tak jumpa-jumpa. Sampai petang. Ada orang tua suruh laung azan. Lepas tu tiba-tiba je jumpa dia belakang pokok padahal dah berpusing kat situ berpuluh kali.
oh tentang bunian ini jadi santapan kami setiap masa.
realitinya.
teringin nak jumpa puteri bunian...macam mana la rupanya. yer..ha ha ha
Princess,
Awek dia cun, balak dia laaaagi cun. Apa taknya, jin ni tak berbentuk macam kita. Kalau dia nak jelma macam Brad Pit pun boleh kut...haha
kakpah,
Wuiihhh...misteri tu. Bukan hantu kopek ke yg suka sorok budak?
Danielle,
Kisahnya memang sama je...ya, realitinya sama...
Cikgooden,
Baik jangan la... org kata memang cantik. Tapi, banyak juga dengar cerita kena makan cacing... kalu cikgu mampu, apa salahnya, dia pun jin je.
erm.
kehidupan saya pun sememangnya penuh dengan mistik. tak boleh lari.
Jadi cik pun ada cerita bunian? (soalan kepada komen di atas)
Nizam,
akak wonder orang bunian ni dari kalangan Makhluk mana..
Adakah benar benar wujud? kalau dari kalangan manusia, mesti tidak dah..kalau golongan Iblis pulak..sure depa ni geng JAHAT.
Tapi kenapa kalau di kalangan umat Melayu, gambaran yang diberikan seolah olah orang bunian ni manusia....tetapi jenis halimunan....GHAIB...siap ada perkampungan lagi!
?????????MISTIK....
memang sukar nak percaya tentang kewujudan perkampungan bunian ni. tapi asben akak pernah cerita. nak ke rumah asben akak ni kena masuk lorong lalu lam kebun getah. Masa dia muda dulu, ada kalanya dia ternampak dari simpang nak masuk ke rumah dia tu, cahaya lampu yang terang benderang. Seolah-olah sebuah perkampungan yang penuh cahaya. Padahal masa tu lampu letrik pun belum masuk. Dia heran sebab bila sampai kat kawasan rumah, tempat tu gelap je.
Alina,
Dia orang pun makhluk tuhan, tak lari dari mendam perasaan...
Indra,
Hait! Ngorat dia ye...
Ashley,
Ada yang kata, dia orang ni spesis Jin. Jin pun banyak jenis, dari yang kecik sampai la si Hantu Raya a.k.a Jin Ifrit...entahlah.
Kakpah,
Yang selalu dengar, kalau termasuk kampung bunian, setahun tapi rasa macam sehari. Kalau la ada saintis kat M'si ni boleh ceritakan dari sudut Quantum Fizik, kan bagus.
Kalau ikut String Theory, mungkin dia orang ni dalam dimensi yang ke ...entah la
tan tu adalah singkatan utk jantan.
sungguh. :)
cekguden,
macam mana rupanya.......? macam aku lah!
hahahahaha....
.
TM,
Ye ke? Tak adalah...Tan tu rasanya yang no 4 kut, kalau pompuan dipanggil Teh...aku rasa la, aku bukan piyor org Perak, aku pan asian....
Pangkat 'Tan' ke atau 'Tam'? kalau Tam tu sebelum teh
1.along
2.angah
3.alang
4.anjang
5.andak
6.tam
7.uteh
8.uda
9.acik
10.ucu
....he he he....ni kira yang ada anak sepuluh.
Ashley,
Haaa...akak dah ungkaikan persoalan selama berpuluh tahun!
Mungkin Tam kut....tapi kami panggil dia Abg Tan dan kami thu itu bukan nama sebenar dia. Dan dia ada beberapa abang dan kakak lagi atas dia...mungkin betul la tu.
hahaha...best2...cita lagi paman...best gak tahu pasal kampung halaman kita
Post a Comment