Monday, February 16, 2009

Marathon: Berjalan atas angin...

Masa aku kecik-kecik, bapak aku [kini arwah] kerap ajak aku ikut dia. Kadang-kadang pergi memancing, kadang-kadang pergi ke pekan beli racun atau baja dan kadang-kadang ikut dia minum kopi dengan kawan-kawan dia. Aku ni selalu jugak le curi-curi dengar cerita dari org tua-tua.

Pagi itu, dia ajak aku pergi ke pekan Langkap, nak beli lauk katanya. Aku kecik lagi masa tu, tahap sekolah rendah lagi. Seperti biasa, sebelum pulang mesti pekena kopi secawan. Adat org kampung. Di dalam warung kopi itu, kami terserempak dengan Kiyai Hamzah, kawan lama bapak. Dia ajak minum sekali, semeja.

Kiyai Hamzah ni guru agama bertauliah. Dia dijemput mengajar fardhu 'ain disekitar daerah itu, dari Langkap ke Sg Lampam dan ke kampung-kampung sekitar C. Balai. Dia pergi mengajar naik motor kapcai. Di kg aku, jadual pengajarannya ialah setiap petang Rabu selepas Zuhur, selang 2 minggu.

Dia mengajar mungkin dah berpuluh-puluh tahun lamanya. Diakhir-akhir tugasnya, dia lebih tertumpu kepada pengubatan. Kerap keluar daerah, kadangkala sampai ke Kedah kerana dijemput orang untuk mengubat. Aku pernah tanya bapak aku tentang dia dan bapak aku kurang setuju dengannya, tapi kawan tetap kawan. Bapak aku pernah nasihati dia supaya kurangkan bercampur dengan alam pembomohan dan tumpu kpd bidang keagamaan lebih-lebih lagi dah akhir-akhir usia begitu. Dia kata, dia memang tak mahu tapi org selalu minta tolong, dia kena tolong.


Pagi itu di warung kopi, Kiyai Hamzah yang tinggal di Atta Duri, seperti biasa, membuka cerita-cerita mistik pengubatannya. Kerap juga dia selitkan beberapa doa untuk aku amalkan, antaranya Bismillah 7. Aku kata, aku selalu dengar tentang Bismillah 5 je, itu pun dari buku-buku Tamar Jalis! Dia juga suruh buat sembahyang sunat nabi Adam. Aku tanya macam mana? Dia kata, sembahyang sunat tu panjangnya 50 rakaat dgn satu salam! Aduyai... panjangnya.

Pagi itu di warung kopi itu, Kiyai Hamzah membuka beberapa gelanggang cerita:
  1. Mengubati budak kerasukkan Azazil di Kedah. Dia berlawan dengan bantuan Sy. Kadir Jalani dan Nabi Khidir.
  2. Menangkap Toyol sekitar daerah. Dia juga ada cerita perangai Toyol dan bagaimana Toyol mencuri duit.
  3. Kisah putera Bunian nak kahwin dengan awek Langkap.
Aku tak mahu ceritakan no.1 dan no.2 sebab takut kacau otak kalau tak kuat dasar agama. Aku ceritakan yg no.3 je la...



Aku tulis seperti yang diceritakan sendiri oleh Kiyai kepada aku di warung kopi itu, kecuali beberapa naratif yg sengaja aku tambah untuk dramatisasi:

Malam itu masih muda, baru lepas solat Maghrib dan baru lepas makan malam. Masih belum masuk waktu solat Isyak pun lagi. Seperti biasa org tua-tua, usai menjamah hidangan malam, Kiayi pergi ke ruang tamu. Sebelum ke depan, dia pesankan secawan kopi dari isterinya. Isterinya pun jerangkan air panas.

Baru beberapa minit duduk di kerusi, kedengaran salam diucapkan dari luar. Dia pun bangun lantas membuka daun pintu rumahnya. Dihadapannya, tercegat beberapa orang berpakaian kemas ala kesultanan Melayu lama memegang jamung. Kiayi jawab salam itu dengan sopan. Kemudian, salah seorang pemuda itu menghulurkan tangan lantas mereka pun bersalaman.

Pemuda tu tersenyum dan menjelaskan kedatangan mereka adalah untuk menjemput Kiayi itu ke kenduri kawen malam tu jugak. Kiayi tanya balik, siapa yang nak kawen? Pemuda tu kata, dialah yang nak kawen. Kiayi belek-belek raut muka pemuda tu dalam kesamaran malam.
Barulah pemuda tu kenalkan dirinya. Katanya, dia pernah berjumpa Kiayi satu masa dulu sebab nak tanya satu permasalahan. Barulah Kiayi ingat, pemuda itu adalah dari kaum Bunian!

Satu masa dulu, pemuda itu telah tertarik dengan awek Langkap. Dah berkenan sangat dan dah nak nikah. Tapi, sebelum nikah org tua awek tu merujuk kepada Kiayi tentang masalah nikah tu. Kiayi panggil pemuda tu dan ceritakan bahawa Manusia seharusnya dengan manusia, begitu juga sebaliknya. Pemuda itu akur dan sejak tu tiada berita tentangnya. Alih-alih, malam tu pemuda tu datang berjumpa Kiayi.

Kiayi tanya lagi, dia nak kawen dengan siapa? Dia kata dengan kaumnya juga tapi di Pahang. kenduri malam tu di Pahang. Kiayi terkejut. Jauh tu! Tapi pemuda tu kata tak perlu risau, dia akan bawa Kiayi.

Kiayi tu cerita kepada aku agak terperinci. Dia kata, pemuda tu pegang tangan dia. Bila dia melangkah, setiap langkah dirasakan macam seribu langkah! Pokok-pokok di kanan dan kiri bergerak laju. Anehnya, jamung yang pemuda dan rakan-rakannya pegang tak padam pun. Dalam beberapa minit, dia dah sampai ke satu perkampungan. Orang ramai sibuk dengan kenduri.

Aku minta Kiayi ceritakan apa yang dia nampak. Dia kata, kampung tu sama macam kampung Melayu. Orang-orangnya pun macam manusia biasa cuma pakaiannya macam zaman kesultanan Melaka. Yang aweks berbaju kurung dan sehelai kain batik diguna untuk menutup kepala. Dia dijemput makan dan minum. Rupa-rupanya, pemuda yang nak kawen tu anak raja Bunian.

Setelah sudah, Kiayi minta diri nak balik. Pemuda itu tolong hantarkan semula Kiayi seperti mana dia bawa Kiayi ke situ. Setiap langkah dirasakan beribu langkah!

Sesampai di rumah Kiayi, isterinya baru hendak ke depan menghantar secangkir kopi. Tapi, Kiayi kata dia dah minum kat rumah kenduri. Isterinya bingung sekejap, tapi akhirnya dia faham.


Maknanya, perjalanan Kiayi Hamzah ke Pahang dan pulang ke Perak cuma ambil masa kurang dari setengah jam, kalau dikirakan dari masa menjerang air sampai menjadi secangkir kopi!




Itulah dunia mistik. Banyak lagi yang aku nak ceritakan tapi kasi rehat aku punya tangan dulu la.....




.

12 comments:

tasekM said...

banyak betul cerita misteri nusantara kau ni bang.

kejap. Atta Duri tu tang mana hah? sedapnya nama.... he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Antara Langkap dgn Chikus, ada kawasan kubur kat situ. Jalan kampung je...

ibundo said...

Ko kalau terus buat cite misteri macam ni mau akak tak leh tido dua tiga bulan wakaka...

meza said...

musim nusantara ke skrg ni? tp mmg suka layan cite nusantara. baru la terbuka minda

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kan dah kata, nak kasi akak mengigau...hahaha.

MeSober,
Betul tu. Asyik bergelumang dgn sains & technology je pun boring gak...sesekali nak juga pikir the other side of life.

K.H said...

Siri bercakap dengan jin kamu kali ini kurang satu ummph. Tak ada perenggan last yang buat orang rasa tak sabar nak bayar seringgit untuk cerita baru.

(sempat lagi kalau nak tambah ni)

Nizam.Ariff said...

Indra,
Aku nak pause kejap... Niyang Rapik pun masuk tv seminggu sekali hape...hahaha

Nizam.Ariff said...

Indra,
Tapi, aku akan pastikan the next story akan lebih spooky!

Yang sebelum-sebelum ni,semuanya dengar cerita dari org. Lepas ni, aku akan ceritakan daripada pengalaman aku sendiri....


[amacam, iklan ni boleh buat org bayar 2 ringgit tak?]

Yana Ismail said...

huhu cerita bunian ni yana ada dgr..hmm

ASH said...

Nizam,
kak Hida nak tengok engkau punya cerita boleh tewaskan penulis cerita seram Stephen King atau tak..he he he
( hang kena describe bagi clear..kena gambarkan suasana..rupa bentuk..paras rupa..bau..semua senses lah kiranya..macam cerita 'Jangan Pandang Belakang ada la unsur unsur seram juga la..)

Nizam.Ariff said...

Princess,
Engkaukah puteri itu?....hahaha

Ashley,
Macam mana nak describe, orang lain yang bau dan rasa... tapi, tang pengalaman aku sendiri baru boleh kut.. hahaha

Anonymous said...

best gile cita ni paman...harap konsgi lagi cita2 pengalaman n paman2 and wak2 yang len masa kecik

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com