Wednesday, April 8, 2009

Kesejahteraan dan Kesihatan

.


Sekarang ni, tak perlu pergi ke farmasi kalau nak 'ubat kuat'. Tak payah nak pergi jumpa bomoh, tak payah pergi masuk hutan cari tulang harimau atau ke sungai cari 'cula' buaya. Buang masa je.

Dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan rasa. Aku rasa, kalau air suam diletakkan label 'Baik Untuk Kesejahteraan BATIN', boleh jual harga RM1.00 segelas kut. Itu memang pelaris. Tag line 'Untuk Kesejahteraan BATIN' adalah sebagus 'Just Do It' atau 'Gunakan Tanpa Was-Was'.



Kat kotak rokok sekarang ni dah macam-macam gambar diaorang letak. Tapi, aku rasa promo-promo macam ni tak boleh jalan! Kurang berkesan. Tak masyuk. Tak ada 'feel'.

Aku syorkan, letak motto " Boleh Mengganggu Kesihatan Batin" kat kotak rokok tu. Aku rasa, ia mungkin lebih membantu mengurangkan jumlah perokok.





.

13 comments:

addyaholix said...

kamu mencabar aku ni bang!
haha!

ibundo said...

kau nak ubat kuat ori? makan muntah mama. gerenti kuat lahir batin. badang pun kalah.

tasekM said...

bang.. merokok bulih menyebabkan 'berudu' jadi tak sihat tau. kalau mama tu tak bulih mengandung lagi... kamulah puncanya!

darling aku pun sama. pesen degil!

he he.


.

SHIMI said...

Memang orang kita care sangat bab-bab yang batin nih

baguz cadangan ko tuh..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Kita sebenarnya sama-sama tercabar...hahaha

Kakpah,
Muntah mama??? Kena le geletek dia dulu, baru boleh muntah... hahaha

TM,
Berudu?? Hahahaa.
Aku suka kamu bagi istilah berudu tu... Tapi, aku rasa, dulu aku lagi tegar. Sekarang ni dah kurang banyak. Atau berudu aku semua dah jadi kodok...

Shimi,
Jom kita propose kat kementerian. Suruh dia post " Buleh mati Pucuk"...

aza ni said...

ha ha ha cadangan kau ni mungkin akan menjahanamkan syarikat rokok.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Itu kalau betul-betul kerajaan nak bantu perokok menjaga kesihatan. Tapi, bkan itu pun maksud kerajaan. Dia nak kutip cukai banyak-banyak. Dia naikkan cukai, dia gunakan alasan kesihatan. Padahal, cukai tembakau dan arak tu, kalau betul kerajaan nak bantu perokok, dia gunakanlah untuk prasarana hospital atau kasi ubat tempel nikotin percuma kepada perokok atau beli mesin-mesin yang canggih-canggih. Itu pun, IJN pun nyaris-nyaris kena jual kat swasta. Gaji doktor pakar pun payah sangat nak naik.

Dia gunakan cukai tembakau dan arak untuk pembangunan. Buat jalan raya, buat bangunan tinggi-tinggi. Bat sekolah.

Kesimpulannya, perokok seperti aku dan Addy inilah yang 'menggadaikan' nyawa untuk membangunkan Malaysia, and yet dia orang kutuk kami macam-macam. Ini tak adil. Kami membangunkan Malaysia walau pun kalau ikut tarif cukai pendapatan kami mungkin tak layak bayar cukai lagi, tapi kami bayar 'cukai' dengan risiko nyawa kami.

Takpe, anyway, kami ikhlas menderma kan risiko itu demi pembangunan Malaysia tercinta, untuk anak-cucu kita....

tasekM said...

berudu dah jadi kodok? hahhahaa... patut la tak dapat keluor. kalau disimpan lama tu bulih jadi busung aku syak!

ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kodok tu asyik menguak-nguak je malam-malam, bising. Tapi, dia tak mao keluar-keluar.... hahahaha

Lily Abdullah said...

Darling ai tak merokok lalala!

winkkkkkk!

hehehe..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Jimat blanje akak... hehehe

ASH said...

Adikku Nizam..
Aku merayu padamu dengan setulus ikhlas dari hatiku...
berhentilah merokok dik..

(waaaaaaa aku nangis ni..tak sanggup tengok engko dapat busung sebab kodok dah buat sarang)

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ye kak..isk..isk..isk.
Tapi aku dah terlanjur...
Adakah lagi insan yang masih mahu menerima aku?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com