.
Masa aku di tingkatan tiga, aku pernah bermimpi yang sampai sekarang aku masih boleh ingat sikit-sikit scene utamanya. Sesetengah scene yg lain dah naik blur sikit. Namun, untuk mengekalkan kesinabungan jalan cerita, aku sambungkan mana yang patut.
(Scene yang masih ingat: Dormitori, aisle (walk way), little not-so-green man, katil, bantal, kelambu, duit syiling, pintu ke bilik air)
Bilik aku berhadapan dengan pintu masuk bilik air. Dan bilik aku di ground floor. Entah macam mana, malam itu aku tidur agak awal, pukul 11.15pm (biasanya pukul 1 am baru terlelap). Dalam keriuhan budak-budak yang masuk keluar bilik air itu, aku boleh terlelap.
Seketika kemudian, suasana sunyi. Udara lembab di tiup kipas angin, menyelinap ke segenap bilik. Mana pergi semua orang? Aku yang berbaring dalam kelambu bujang menyelak kelambu. Roomate aku tak ada di katilnya. Aku hairan, sekejap tadi bising sekarang dah senyap. Dorm pun dah gelap, cuma cahaya lampu di luar sahaja yang mencuri masuk ikut tingkap. Dalam kesamaran itu, aku bangun dari katil dan keluar dari bilik.
Dalam kelam malam, aku terlihat 2 budak kecik sedang terbongkok-bongkok sedang menguis sesuatu di atas lantai aisle. Aku tau itu toyol. Aku masuk balik ke dalam kelambu dan pura-pura tidur semula. Jantung aku berdenyut pantas. Dada aku berdebar-debar. Aku pejamkan mata tapi telinga aku dengar bunyi telapak kaki mereka semakin hampir, kemudian senyap.
Aku tunggu beberapa ketika tapi tak dengar apa-apa. Aku fikir mungkin dah keluar. Aku pun buka mata dan.... budak-budak tu dah pun selak kelambu dan menyeringai kepada aku. Nampak barisan gigi-gigi yang tak rata. Dia unjukkan duit syilling kepada aku.
Aku terkaku. Tapi, aku cuba untuk baca ayat Kursyi dan ayat-ayat lazim tapi tak terbuka mulut aku. Kemudian, aku bertenang. Aku mulakan bacaan dari dalam hati. Sebelum habis ayat Kurysi itu aku baca, mulut aku sudah boleh bergerak. Aku pun sambung baca ayat-ayat lazim dengan agak kuat.
Kemudian, aku terjaga dari tidur. Berpeluh. Dan mulut aku masih menyambung bacaan ayat-ayat lazim tu. Cepat-cepat aku keluar dari bilik dan aku jenguk di aisle.......... sunyi dan gelap. Sama seperti dalam mimpi tadi. Kecuali toyol-toyol tadi tiada.
Aku pun masuk ke bilik semula. Aku selak kelambu untuk sambung berbaring dan tidur, kemudian baru aku sedar. Aku lihat satu jasad seperti aku sedang berbaring di katil aku. Sedang nyenyak tidur mengiring!
Serentak itu aku baca ayat Kursyi berulang kali. Sehingga aku terjaga dari tidur. Kali ini benar-benar terjaga. Tapi, aku terasa kepala aku berat. Macam seseorang yang tidur nyenyak lalu dikejutkan secara paksa. Terasa macam roh aku baru masuk ke badan. Pandangan pun berubah dari kelam kepada terang. Ketika itulah baru aku boleh bernafas. Lebih kurang macam lepas kena tindih....
.
10 comments:
Alaahai..scarynye baca..hmm kt asrama slalo kan blaku peristiwa ditindih makhluk halus ni?kan kan?
ko buat buku koleksi mimpi laku ni kalau dijual. Orang sekarang pun suka cerita cerita hantu ni.
Teringat dengan lagi arwah Sudirman...
Bro, lepas ni bleh tukar profession...tukar jadi pengarah atau penulis skrip filem. Jadi penulis novel pun ok gak. Muahaha.. ;p
Errr...agak menakutkan bila dengar citer org kena tindih² dgn makhluk halus. Syukur alhamdulilah saya tak pernah kena lagi. Minta² dijauhkan. Na'uzubillahiminzalik!
Princess,
Asrama sekarang dah moden. Ada sambungan internet. Mungkin itu pun dah upgrade, mungkin dah ada Wifi je...
Dulu, kami punya asrama kotak kayu plywood je...Mana ada pintu bilik.
Kakpah,
Nantilah, bila dah banyak. Kakpah jadi editor dan penerbit...
Azani,
Lagu yang mana satu yek?
Ooooo... lagu toyol. Aznil dah improvise lagu tu...
Insyirah,
Aku tak baca mende sebelum tido. Bila dah kena baru nak baca, tu pun dalam mimpi... hehehe
Toyolll..
dia datang pada Nizam berlari lari..
Tolongggg..kemana ku kan pergi...
Toyollll..
kenapa Nizam juga yang kau cari..
Tolonggg..
rupanya hodoh wowwwwww o wwooooww
kepala botak matanya terbeliak
giginya bertaring merata rata..
he he he..
ko ni asyik mimpiiiim jer kan?
dream dream dream
memang ko selalu ketiduran!!
Jenis "STUDOR" ni!!..Study dalam tidor...
ke ko bela hantu raya bang...? ha ha.
aku dah makankan mi mastan ghani utk kamu. ada rasa tak...? ha ha.
.
kamu taknak buat filem seram bang? bakat lakonan aku kalau di asah menjadi jugak. mana tau kot boleh rangkul best actor nanti. haha!
Ashley,
Aku masa kat kelas aku konsentret... tengok cikgu pompuan menulis kat papan hitam, bontot dia cunggit-cunggit... hahaha
TM,
Memang aku rasa... rasa jeles!!!!
Waaaa... tak kira, ko tapaw kat aku satu...
Eh, aku rasa dia pakai mandrem la...
Addy,
Ko memang ada bakat. Tak payah nak asah-asah bakat tu. Kalau setakat watak hantu toyol, kamu cukur botak je, menjerit semua penonton... termasuk pengarah dan penerbit sekali.. hahaha.
Eh, lawak tak?
Post a Comment