.
Nama kamu Pelangi. Oleh kerana nama kamu Pelangi, baju kamu pun pelangi. Kulit kamu pun pelangi. Rambut kamu pun pelangi.
Kamu pelangi pagi. Kamu datang dan pergi seperti matahari. Kamu tidur di kaki pelangi. Kamu jaga di tilam pelangi. Kamu mandi di kali pelangi.
Kamu cantik, warna kamu pelangi. Harum tubuhmu juga pelangi.
Kerana kamu itu pelangi, dikejar kamu menjauh.
Payah jika bercinta dengan pelangi.
Segala-galanya mimpi.
'Mana mimpi aku?'
Pekikan Tuan Sinister mencantas syarah Batara Mimpi. Tuan Sinister masih tak faham-faham. Jangan di kejar pelangi kerana kisah pelangi hanyalah kisah dari para guru untuk pedagogy, bukannya syllabus andragogy seperti Tuan Sinister.
Yang sudah tu, sudahlah. Biarkan Juliet pergi mencari Malim. Malim itu bolong malam yang kosong. Di mana-mana Malim pergi, bulan jadi kosong, bintang juga kosong. Batu jadi kosong, pokok-pokok juga kosong.
Memang cocok Juliet itu buat Malim kerana Juliet itu haruman narawastu indah. Dan yang indah-indah itu pelangi.
'Mana mimpi aku...?'
Kali ini suara Tuan Sinister melemah. Mungkin dia tahu siratan syarah Batara Mimpi, cuma dia enggan faham. Batara Mimpi bangun lalu pergi ke tengah-tengah laman untuk menadah lelangit malam yang menitik seperti rintik-rintik hujan.
.
10 comments:
Agaknya, tak semua orang berhak melihat pelangi
Aku nampak macam angau dan angan ko ni dah datang semula..ha ha ha
A) adakah ko berangan semasa memberi presentation?
B) adakah kelas di UITM tu dah start dan ko berangan waktu lecture?
C) adakah engkao mabuk dengan melihat adik adik genit yang bergeTArYANGAN di UITM tu?
pilih satu untuk dianalisis!
ashley: hehe.
erm pelangi aku ska. bintang aku suka. bulan aku suka. segala kosmos aku suka. yang dilangit semua aku suka.
kecik2 dulu kalau nampak pelangi emak aku marah kalau tunjuk dengan jari. nanti jari tu kudung. Aku tunjuk jugak. dan jari tu tetap melekat bersama dengan yang lain.
Nizam.Ariff,
You fes!
Ashley,
1)Tetiba cikgu tu kata jangan ke Australia, sudah. Sampai sekarang aku tak faham apa maksudnya. Nak tanya, aku takut... aku takut cikgu. Cikgu garang.
2)Kelas tu start kul 2pm nanti
3)adik-adik genit UiTM?? Errr..... mungkin kut... hahahahahaa. Semua tu pelangi kak, jangan di kejar!
Alina,
Aku juga suka semua yang di langit kerana tampak sempurna dari jauh, tak macam bumi yang rompong bila tampak dari dekat... kecuali kamu, kamu itu pelangi.
Kakpah,
Selalunya pelangi datang masa hujan panas. Aku rasa, melalui tilikan ilmiah cognitif separa maut dan sedar ini, orang tua-tua tak nak anaknya pergi ke luar kena hujan panas kut...
pelangi ini bukan album unwanted ke?
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
-lirik lagu pelangi petang sudirman --
Azani,
Unwanted???
Old skool, stock lama tu bro... hahahaha
Secangkir Madu Lebah,
Salam.
Maksud lirik tu pun ada kesamaan dinifisi pelangi tu..
Thanx 4 coming.
susah nk faham kamu nih....
.
TM,
Perlahan-lahan la... nanti kamu akan faham...
Post a Comment