.
'Aku mahu mimpi aku...'
Getus Tuan Sinister lemah. Dia masih duduk bersila panggung sambil matanya melangut ke atas. Melangut kepada ombak-badai yang memercikkan buih-buih putih nun di atas sana.
Mungkin nasibnya tak jauh beza dengan folip-folip pada karang-karangan. Melekap pada batu, tak mampu bergerak bebas. Dugaan atau balasan? Persoalan yang bermain-main dalam minda Tuan Sinister.
'Tolonglah, aku mahu bermimpi...'
Dalam kelam lautan dalam, dasarnya yang sekejap hitam sekejap biru sekejap merah, kelibat Juliet kembali menjelma. Menjelma dari sang obor-obor yang melengguk-lengguk dibuai arus. Harapan Tuan Sinister musnah lagi. Entah yang ke berapa kali.
Batara Mimpi memuput asap dari dupa pasir, menyeru lelangit siang memberi harapan untuk malam nanti. Lautan luas, seluas hati Batara Mimpi, menghantar bisikan melalui bayu laut, melalui getaran daun-daun Serunai Laut kepada Batara Mimpi. Jangan terlalu berharap, katanya. Mimpi itu mahu kamu, bukan si Sinister itu.
Hati Batara Mimpi kembali berbalah, mahu mengalah atau berpaling. Mimpi, oh mimpi.
Pada bayu laut, bisikkannya yang sekejap kuat sekejap perlahan sekejap diam, kelibat Juliet pun menjelma. Menjelma dari kabus yang menipis lalu hilang. Batara Mimpi tertunduk resah.
'Berikanlah mimpi aku semula...'
Perlahan-lahan Tuan Sinister merungkaikan sila panggungnya lalu berdiri, lalu perlahan-lahan membiarkan dirinya naik ke permukaan, dibuai-buai ke sana ke mari mengikut arus lautan zaman...
.
7 comments:
Bila nak abis kisah mimpi Juliet nih??? haih....
teruskan mimpi juliet!
Juliet ke mimpi atau tuan sinis?
tak habis-habis lagi citer mimpo ko.
Pyanhabib,
Bila la Juliet nak jadi nyata...?
Ashley,
Semuanya hanya mimpi sebenarnya... hehehe
Kakpah,
Akak tolong le kasi idea camne nak habiskan...
juliet mana pulak nih...?
:)
TM,
Juliet tu mungkin juga kamu.. mungkin juga.. atau www.mungkin nanti.blogspot.com
Post a Comment