Thursday, July 30, 2009

Lagu-lagu nasyid dan Pumba!

.

Aku biasa dengar lagu-lagu begitu. Selalu. Seminggu sekali. Atau sebulan sekali paling tidak. Petang itu. Atau senja itu, lebih tepat. Pasar malam.


Lagu-lagu yang baik untuk kanak-kanak, seperti lagu-lagu berkaitan kenegaraan. Juga lagu-lagu berkaitan nasihat atau doa-doa atau apa-apa lagu yang biasa kita dengar dari mulut anak-anak tadika kita. Ada versi Melayu, ada versi Inggeris. Dengan sedikit motivasi dalam bentuk cerita dari kartun-kartun yang masyhur. Terjual dalam bentuk VCD/DVD.

Walaupun kalau dilihat sebenarnya lagu-lagu itu LANGSUNG tak sama dengan kartun-kartun bisu itu. Micky Mouse dan Donald Duck. Tom & Jerry...


Tadi, aku lalu depan Nyonya itu lagi. Dan aku dengar lagu-lagu yang biasa aku dengar lagi. Dan tadi, lagu mengajar supaya berbuat baik dengan orang tua. Bagus tu. Tapi, bila aku toleh pada kaca tv itu, aku lihat nasyid kanak-kanak itu dinyanyikan bersama-sama dengan kartun Timon dan Pumba!


Timon dan Pumba; dan lagu-lagu nasyid kanak-kanak!!?

Langsung tak rasi. Tak kena langsung, apa lagi dengan watak Pumba yang benar-benar liar dan terlalu hutan itu.

Itu Pumba lah...!

Haiyoooh!







tapi Pumba tu comel dalam bentuk kartun...


.

12 comments:

secangkir madu merah said...

watak kartun untuk menarik minat bebudak...
teringat masa anak2 kecik dulu selalu pasangkan CD lagu2 nasyid Raihan, lagu2 Raihan memang sesuai utk hiburan kanak2, menyanyi sambil mendapat pelajaran dari senikata lagu..

ckLah @xiiinam said...

"...pumba tu apa?"

tanyaku sambil menggaru-garu kepala. Ketinggalan zaman betul makcik ni ek..?

Nizam.Ariff said...

Secangkir madu merah,
Aku tak mampu beli Cd, mahal. Aku pasang lagu raihan dari radio je...


Cklah,
Pumba tu watak wardhog, H1N1 hutan yag asli... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Oooooooooooo...




Lepas ni bolehlah sebut pumba dalam kelas.....



Selama ni susah sangat nak berlapik-lapik kalau nak sebut nama haiwan tu...

ckLah @xiiinam said...

Terpaksa berlapik....



Sebab dalam kelas ada golongan pemakan binatang ma'un tu....

ASH said...

salam
"Akuna matata..
Akuna matata.."

nyanyian SIMON dan PUMBA itu rasanya lebih sesuai dengan karektor mereka....

Kat mana hang tengok depa dok nyanyi lagu Nasyid tu?

Sapa la punya kerja tu..bagi Pumba ngan Simon nyanyi lagu nasyid?
Depa nyanyi nasyid Tajuk "Alam ciptaan Allah ka?"

kalau tajuk "Alam Rimba" ka..
mungkin boleh tahan la kutt..

anyway,
menatang BABI ni memang nampak jijik, loya serta kotor sebab tergolong daripada NAJIS MUGHALLAZAH tetapi kalau diteliti betui betui menatang tu bukan ada dosa apaaa..

Yang berdosa ialah siPEMAKANnya..dan yang menyalahgunakan taraf KENAJISANNYa..
(ya laa...kalau ada orang yang sengaja baling kepala babi dalam surau! Tak ka menyusahkan orang lain..Menatang tu tak salah! Yang salah ialah orang yang mengkucar kacirkan masayarakat dengan PROVOKASI NAJIS itu)

sekian..
wassalam

.....tazkirah sebentar malam JUMAAT!

he he he

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Cakap siang pandang-pandang
hahaha


Cklah,
Cakap malam dengar-dengar...
hahaha


Ashley,
Ooo.. ingat lagi lagu tu yek.
Akuna matata maksudnya 'jangan risau, rileks la...'

Aku rasa tentu geng geng VCD cetak rompak punya keje. Dia orang peduli apa...

Insyirah said...

Ooooo..Pumba. Baru tahu apa itu Pumba. Lepas ni boleh sebut Pumba instead of menyebut B*** atau K******. Hehe.

tasekM said...

timun? bahaya tu.

hehehehe... :p


.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Ya, kita haramkan Pumba.. hahaa

TM,
apa yang bahayanya, durian kat utara, ko kan ke cuti... hahaha

ibundo said...

aku masuk dah lambat. korang cerita pasal apa ni. pasal nasyid ke pasal babee. Ish.. jangan sebut2 sangat nama bendaalah tu . skarang ni sensitip.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kita org dah ada istilah baru...
Pumba.
Hakuna Matata...


hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com