.
Aku luangkan masa keluarga di Pizza Hut di USJ, baru kejap tadi. Paku Payung yang ajak. Mama penyokong kuat. Sebenarnya, Pizza Hut tu pusat Pizza Delivery. Jarang ada orang makan di situ pun. Boleh dikata, tak ada orang pun, selain mat-mat rempit yang berbaju merah saga.
Sengaja kami pergi ke situ sebab ia lengang. Kami tak tapaw, kami makan di situ. Brader di situ pulak pasang lagu-lagu rock balada dan cintan 80-an dan awal 90-an. Masyuk gilerrr...
Aku tunggu dekat 1/2 jam pun tak apa kalau gitu.
Dalam perjalanan pulang, aku nyanyi lagu 'Bunga Angkasa' dari Terrarosa. Lebih kepada melalak sebenarnya!
Mama pun ikut melalak sekali. Masa kat chorus, aku tarik dalam-dalam. Lebih kepada teran sebenarnya!
Paku Payung dah 2 -3 kali suruh diam. Bising. Memekak, katanya. Aku tak peduli. Aku teran lagi. Aku kata, inilah masanya nak berpadu suara cinta pada Mama di dalam kereta, tak ada sape nak dengar.
'Abah patut nyanyi lagu cinta yang moden sikit'
Ceh!
Sekarang ini, aku kembali mengadap skrin PC, menaip itu dan ini. Sambil ditemani oleh lagu-lagu Yuna yang dimainkan berulang-ulang-ulang-ulang..... ulang... ulang...
ulang.... dan ulang lagi...
Peliknya, aku tak terasa bosan mendengarnya!
Oh Yunalis...
.
9 comments:
kdg2 perangai giler2 kena ade untuk memeriahkan suasana...:)
"Bulannnnnnnn...
Enggan melayan diriku lagiikkkkk..."
...entahlah tak ingat..
ingat yang akhir je...
"..seperti ku bernafas dalam aaairrr......"
blup...blup...blup.....
DaliaLiyana,
perangai giler2 tak pe. Kalu giler?
Takut weehh .. hahah
Cklah,
aku sambung:
.... Pabila
air mata membasahi pipi,
dan lagu-lagu di radio,
seolah-olah memerli aku,
Pabila bersama denganmu
Air.. lemas cikgu.. ahaks!
patut le melaka banjir!
.
teran - hahahhaa, tak mahu kubayangkan :)
....selagi masih ada, sinar mentari, selagi ada getar dijiwaku, kan ku korban jiwaraga, demi cinta untuk mu bunga angkasa..
-
-
..dan sebenarnya..
TM,
ofis ko pun banjir tak?
Kucingorengemuk,
Bayangkan muka merah padam sambil menahan kentut!
hahaha
Secangkir Madu Merah,
Ewaaah... buleh duet nih!
karaoke ke... hahaha
Tm,
Bukan setakat Melaka jer banjir..SHAH ALAM JUGA!!
Kena ingat tu!
..melempah ruah sungai KELANG!!
waka ka ka..
dan kita semua tahu lah sebab musababnya sekarang!
Ashley,
Wooittt.. banjir tu pagi kelmarin.
KAmi nyanyi malam semalam, selepas hujan. Ya, kami nyanyi selepas hujan. Macam katak betong kut... hahaha
Post a Comment