Wednesday, July 29, 2009

Secangkir kopi 'O' peneman malam...

.

Huh hah huh hah!


Semalam, aku ambik cengkeram tidur sekejap. Bila bangun, kononnya, nak sambung buat apa-apa yang patut dibuat sebagai manusia bergelar AkuyangakuT.

Tekak kering. Mata masih berpasir, atau mungkin taik mata yang melekat. Aku minta Mama sediakan segelas air. Entah suara dari pintu nafsu bahagian mana entah, aku minta buatkan secangkir kopi 'O'.

Anehnya, aku tak batalkan hasrat itu walau pun sebahagian diri aku masih tertanya-tanya, perlukah aku menikmati secangkir kopi 'O' sedangkan tidur semalam pun masih belum terqadha'?



Entah nafsu dari pintu mana entah, aku hirup air kopi 'O' itu, walau sebahagian diri masih meronta-ronta minta jawapan, kenapa? mengapa?

Dan akhirnya, mata aku terjegil sehingga pukul 2.30pm (lewat selepas 'bermesraan' dengan Cikgooden dalam YM).

Bangun pagi, terasa sengal kat urat belikat. Tidur lasak kut.

Pagi tadi, aku pergi kerja dengan mata separa terpejam, otak pun separa celik. Hanya lobus hemisfera kiri yang terjaga, aku rasa. Itu pun terjaga sebab dia nak makan nasi lemak telur mata goyang-goyang!

Sesampai di ofis dengan urat belikat yang tersimpul biawak, pagi-pagi lagi aku dah Huh hah huh hah! lima enam kali.

Tapi tak jalan.........!






Ni yang aku nak buat entry mengarut lagi ni....
.

13 comments:

ibundo said...

ko memang suka buat entry mengarut. pening kepala hotak aku nak digest

Insyirah said...

Bro, ni baru start belajar tak lama je. Tapi gaya bro, macam dah nazak je. Lepas tu buat entri yg memeningkan kepala orang. Pening la digest.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Eh, belum mula nak buat lagi... ambik nafas... huh hah huh hah!

Insyirah,
Tolong doakan abang kamu yang ini, yek? Yang mengacau ialah keje, bukan blajar... keje org suruh tolong buat.

tasekM said...

apa lah yg ko mengumpat dgn cekguden tu...?

aku dh tak bulih berym. pc br format. try download ym tak bulih pulak. bangang!



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Macam tau tau jer...
Kami ngumpat kamu le!

Sempena bulan posa tak lama lagi ni, aku minta ampun dan mahap pasal mengumpat kamu. 0-0 yek?

ASH said...

Aku tak faham apasal 2 pm pula?
ko kajo cikgooden ek?

Ko kerja start jam berapa?..

ishhh...

secangkir tu banyak mana sebenarnya?

secawan?
setekoh?
sejug?
sebaldi?

ha ha ha

ckLah @xiiinam said...

stok daun ketum....?


Habis dah?




Ha..ha..ha..

arsaili said...

salam...uikss scandal ngan cikguoden ya,,ahahahah just kidding

kucingorengemok said...

belikat terkehel pasal gagah sangat masa sorong troli tu kot...?

SHIMI said...

salam bro,
gua macam dah kena jangkitan lu.
gua dah sangap dekat 18 1/2 kali dah ni.

zzzzzzzzzzzzzzzz!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Salah taip kot. 2am le tu. Secangkir... kena tanya Secangkirmadumerah la kut... secangkir = secawan.

CkLah,
Dah abih. Lama tak topup stok ni...
Cikgu singgah la jap kampung aku, tolong poskan ke sini... bulih?

Arsaili,
Salam... skandal tengah malam dalam jarak jauh, apa la sangat.. hahaha

Kucingorengemuk,
Sepatutnya aku beli satu, buat exercise... huh hah huh hah
hahaaha

Shimi,
Bro, gua syak lu sudah kena ketit dengan lalat tze-tze kat sana tu.. jaga-jaga. hahahah

secangkir madu merah said...

ini mesti kes teringat kat secangkir madu merah nih...
tak boleh tidur? bukannya nak bermesraan dengan mama yg kat sebelah tu...skandal pulak dgn cikgooden? tak boleh jadik nih..

Nizam.Ariff said...

Secangkirmadumerah,
memang betul! Masa tu tengah baca komen dari kamu. mungkin itu punca suara dari pintu yang itu kut.. hahaha.

Skandal dengan cikgooden? Bukan. Kami mengeratkan silaturrahim... hahaha.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com