.
Entah kenapakah, sama ada semilir yang menganginkan panas atau memang badan aku yang terasa gerahnya. Ataukah mungkin sesuatu membakar dari dalam perut membawa ke dada dan kepala. Lemah sekali aku hari ini. Ada sesapa santau aku ke?
Terasa dada terhimpit. Awal-awal pagi lagi, bernafas terasa tak cukup puas. Jadi, seharian tadi aku pakai gogle mulut dan hidung. Terasa macam penyamun pun ada, macam doktor bedah pun ada.
Tengah hari tadi, aku ke Meru atas urusan kerja dan kerjaya. Bersama rakan-rakan. Lorong Hj Salleh (tapi bukan yang di Chow Kit tu). Aku ambil kesempatan untuk ke belakang premis itu. Aku lihat, ada terbentang sejalur tanah bidang yang berumput segar. Dan aku terlihat beberapa kelibat hitam dalam semak-samun jaluran tanah tiang elektrik bervoltan tinggi milik TNB itu.
Kuda?
'Kuda Malaysia, encik. Kuda bertanduk'
Unicorn? Hahahaa...
Petangnya, aku ke pasar malam, seperti selalu. Nyonya penjual VCD/DVD haram, Pumba yang menari lagu-lagu nasyid, terasa macam nak sepak pun ada. Dan aku ke pasar dengan gaya ala tenuk yang baru keluar kampung. Dengan hidung dan mulut bertopeng.
Tak ramai yang pakai, aku cuma terserempak 2 orang yang memakainya. Seperti selalu, aku terserempak doktor cun, dan selalunya kami akan bertegur sama secara ringkas: Ikan je? Sayur je?
Tapi tadi, aku guna bahasa isyarat. Aku tunjuk beberapa kali ke muka aku dan aku tunjukkan ke muka doktor cun tu.
'Malas nak pakai, lemas lah...'
Auuwww!
Selang beberapa langkah dari doktor cun, seseorang mencuit bahu aku dari belakang. Seorang rakan sekerja tersenyum lihat aku.
'Aiii... pakai sarung muka hari ni?'
Apa, kamu ingat kat bawah je yang kena pakai sarung?
Hahaha...
Sesampai di rumah, Mama sambut plastik-plastik yang melekat pada tangan aku. Dah naik biru jari-jemari mulus aku, darah tak jalan agaknya.
Mama kata, dia dah tempah 2 kotak x 50 helai!!!!
Berapa lama aku nak jadi Zorro ni?
.
15 comments:
Panas tapi berpeluh! Ok kut... aku tak perlu disamak dgn 1+6 air.
Ubat kena makan..
Anak aku pun demam jer, terus bawa jumpa doktor. tengok klinik..PENUH jer!
Saja nak habark..cerita Kompang dah ada konklusi!
ha ha ha
aku pegi pasar malam pakai topeng. orang lain tak pakai aku pakai. pedulik apa..
ni kang pegi tesco aku pakai gak.
besok konvo anak aku, wei... lagilah dewan sesak dengan orang. Aku pakai gak.
Ashley,
Sekarang dah ada yang baru kat China, demam selsema anjing lak...
Ashley,
Kita conclude je la cerita tu... hahaha
Kakpah,
Dewan konvo tu kira macam 'Death Camp' tu. Hati-hati..
aku ingat aku nk pakai purdahlah bang. he he.
.
hahahahhahaha... kau pakai kelubung terus lagik baik... tutup semua lubang idung ,telinga mulut... bagus tuh
zorro bawak hand sanitizer 1 balang... macho tu
wah wah wah nampak doktor cun lupa kat mama kat rumah ek.. siap bagi bahasa isyarat lagik.. amboi..biasa tu.. ni nak kena kurantin ni..
Doktor cun tak pakai topeng zorro ker...?
Kalau zorro pakai mask, memang hilang macho ler jawabnya.. :p
dh ok ke demam kamu ni bang? pi hospital ok. kalau tak aku berleter. he he. jgn memain demam2 nih....
:)
TM,
Alhamdulillah... bila nak g shopping beli jilbab nih?
Zannaz,
Nanti org tak kenal aku lelaki ke pompuan... setakat tgok betis aku, ramai lelaki gian nih.. hahaha
KOG,
Zorro macho hape... hahaha
Zorro pun zorro la janji aku cuba selamatkan diri. Kena tak kena tu belakang kira.
Secangkir Madu Merah,
Bila terserempak, lidah jadi kelu, hati jadi beku... tapi umur dia mungkin dah dekat mid-40an. Tapi dressing dan body dia masih cun melecun, kalah anak dara... ye la, dia ada klinik sendiri, duit banyak. Boleh le nak melaram segala...
Dak Ai,
Dia control cun tu... Dia kata malas pakai sebab rasa lemas, tapi aku agak dia takut hilang gincunya.. hehehe
Insyirah,
Masih macho... tak caya, cuba tengok abang kamu ni...? macho tak?
TM,
Baru sehari, hospital pun kata aku mengada-ngada lak karang, macam menteri dia kata malam tadi.
Tapi, kalau jadi apa-apa kat aku, aku serahkan kunci blog aku ni kat kamu. Pastikan kamu tulis dengan gaya bahasa dan style mirip aku tau... boleh? Ni kira macam wasiat gak nih...
kalau menulis gaya kamu aku rasa kak lily lebih sesuai. kalau aku... hehehehe.... rosak blog ko bang! he he.
.
TM,
rosak pun rosak la... aku dah tak ada, peduli apa... hahaha
Post a Comment