Saturday, August 8, 2009

Tag dari Secangkir Madu Merah

.


Aku dapat award + tag dari Secangkir Madu Merah. Aku dengan rela hati nak jawab, sebab exam aku dah habis... horey! Result cerita lain, ok.


a. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda



b. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini

1. Secara luhurnya, aku baru terserempak dengan Secangkir Madu Merah (SCM)

2. Mula-mula, aku salah tulis Secangkir Madu Lebah.. hahaha

3. Aku teka, SCM seorang ibu yang berjaya...

4. Aku juga teka, bukan calang-calang gelang kat tangan dia tu... hehehe

5. Masih berbahasa segan silu dalam blog aku yang rata-ratanya aku asyik kena belasah dengan kawan-kawan lain...

6. Blog SCm cantik, ada bunga-bunga berguguran... seronok tengoknya.


c. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
(apsal banyak sangat nih?)

1. Aku anak didik MARA dari kecik sampai sekarang

2. Jadik, bab-bab hukum hakam Melayu ni aku sensitip sikit

3. Aku anak kampung dan hati masih terpaut dengan kekampungan

4. Aku belajar enjinyor tinggi2 pun ntah kenapa, padahal minat aku pada pertanian

5. Dan ntah kenapa belajor teknikal sedangkan aku minat sastera...

6. Hobi aku? Err....rrr.... baca buku kut

7. Lagi? Err... aku suka fikir yang jauh-jauh...

8. Kadang-kadang, kawan2 kata aku selalu buat lawak advance...

9. Maknanya, melawak hari ini, esok baru boleh gelak... sebab esoknya baru faham! hahaha


d. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka...

Kawan dalam blog ni dah la tak ramai. 10 orang tu mungkin dah kira semua le tu.. hahaha, udah le sikit kawan, nanti dia orang lari pulak tak nak kawan dengan aku.

Tak pe la, aku nak tag Che Det la. Amacam Tun? Asyik dok baca senyap-senyap je... cepat la jawab...


e. Nama timangan - Macam-macam, setiap satu khusus untuk gender dan segmen tertentu..

f. Anda seorang yang? - Sensitif pada persekitaran dan puitis

g. Insan yang teristimewa? - Ibu, Ibu, Ibu, arwah bapa, keluarga dan semua...

h. Lagu kesukaan? - Full spectrum of music, dari Destruction, Slayer, Celtic Frost, Black Sabbath.... Helloween, Iron Maiden, Dio...Megadeth, Trivium, Metallica...RHCP, Search, Wings, Metalasia, MNasir, Sweet Charity.... MUH, Ella..... Siti Nurhaliza, Ning, Misha... Raihan, Rabbani, El Suraya.... Al Mizan (sekarang ni tengah dengar lagu 'Sollatullah' dari Al Mizan.. serius!)... dll.


i. Makanan kesukaan? - Chineese, Japaneese dan masakan kampung (terutamanya gulai lemak umbut kelapa... perrghhhh!)

j. Sikap yang membuat anda stress? - Bila orang buat stress kat aku...

k. Warna kegemaran anda? - Biru (romantik giler!)

l. benda mesti ada dalam beg?
- Duit (sebelum Mama buka mulut, terus hulur... untuk bayar parking) dan IC...

m. Kali terakhir anda menangis? - dah lama dahhhh! Masa abang nak patahkan robot plastik.



Ahhh!... lega dah jawab. Mengalahkan soalan exam aku tadi. Soalan exam tadi pun baru 5 je...





.

16 comments:

secangkir madu merah said...

sebab ko dah berjaya menjawab soklan2 bonus ni, aku dah jadi follower kat blog ni..hehhehehee..

aza ni said...

syabas nizam:perjalanan kau dah tamat fasa1, aku masih lagi fasa 0.345

aza ni said...

syabas nizam:perjalanan kau dah tamat fasa1, aku masih lagi fasa 0.345

secangkir madu merah said...

nizam, (datang balik..) yg nomo 4 tu.. kat mana ko nampak gelang kat tangan aku tu? tanda soal lah...

ASH said...

Yuhuuu.....aku menyahut sebab KO pangge TUN!!
ha ha ha..
sebabnya aku pun ada TUN TAU!

hang ni Rock suci dalam DEBU ka?
ha ha ha ha ha
cam adik beradik HAi jer..

en_me said...

kerana akak SCM lah, me sampai ke sinih.. ehehe

ibundo said...

aku suka kau tag che det.

en_me said...

nasi tambah: teringat dulu-dulu lagu m. nasir ~ 'siapa chedet?'.. ehehe

Nizam.Ariff said...

Secangkir Madu Merah,
Silakan dan terima kasih... hehehe

Azani,
Kira ok le tu. Aku bari 1/16 je... kira-kira satu hun jue.. kamu dah 34.5% ok.. hahaha

Azani,
~ebit~

Secangkir Madu Merah,
Haaa... jangan tak tau kak, aku ni ada psychic (ke side-kick?). Aku tengok wajah dan senyuman tu, aku dah tau ada 5 baris gelang kat tangan...

Ashley,
Nak berlagu pun ikut perasaan gak. Tengah jiwa ronta panas, aku pun kena panas-panas gak..

Bila lah Tun ni nak jawab tag ni?

en_me,
Selamat datang. Maih kita ramai-ramaikan suasana rumah ni..


Kakpah,
Dia tak kenal aku lagi kut? Dia tak jawab pun...

en_me,
Sekarang ni kalau cakap pun tak kena gam lagi kut... hahaha
Tapi silap-silap masih boleh masuk ISA..

Water Lily said...

Ah! akak banyak hutang tag neh huhuhu..lama tak hapdet..kau busy tahap gaban.

Sempat pulak tu pergi berpoya2 kat maskara eheh!

Ajami Hashim said...

Salaam

sg.manik? parit brapa?

gua parit 7A :-)

ckLah @xiiinam said...

Ooooooooooooooooo....yang dekat rumah Waterlily tu Nizam yang ini ke.....?







Sajak orangnya....

Anonymous said...

Bukan la kak Lah. Nizam yang tu,single lagi available lagi. Baik hati orangnya, walau takde sebarang hubungan ngan budak botak kesayangan saya tu,dialah yang menjadi mata dan kaki Muha. Kedua2nya dah macam adik saya.

ada sesapa nak buat menantu hahaha!

pst..saya dekat dengan cikgooden.

Water Lily

ps: hang demam lagi ka Nizam, kak jawap bagi pihak hamg noo..hehe..

tasekM said...

ajami pun org teluk intan? he he.



.

Nizam.Ariff said...

waterlily,
tag tu macam homework gak, ada dateline... hahaha

Ajami Hashim,
Aku parit 4/6L,
C. Balai.
Parit 7A tu dekat simpang ke Kg. Gajah ka?


CkLah,
Bukan le...
Aku adalah haiwan yang elusif.. hahah

Waterlily,
Thanks for the answer...

Nizam.Ariff said...

TM,
Minat gak ke?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com