.
Atas permintaan Paku Payung, aku keluar mencari beberapa keping kertas warna dan sekeping kad raya. Aku tak ada masalah nak cari kertas warna. Aku ada masalah nak cari kad raya. Zaman sekarang, kedai runcit malabari pun tak jual kad raya.
Aku cuba nasib di kedai 7E yang tak pernah tutup-tutup tu di wilayah Shah Alam, Selangor. Ada rupanya!
Tapi sebelum tu, alang-alang dah masuk kedai 7E di wilayah Shah Alam, Selangor itu, aku terus ke belakang. Aku capai beberapa kotak air minuman dan 2 keping kad raya. Lalu pergi ke kaunter.
Semasa aku keluarkan duit, aku jeling pada peti sejuk.
Aku nak beli Beer 2 tin boleh tak? Aku tanya cashier lelaki Melayu itu.
" Tak boleh, bang "
Ye ke, kenapa tak boleh? Aku desak lagi.
" Itu untuk dijual kepada orang islam, bang "
Ooo... lalu aku keluar meninggalkan kedai 7E di wilayah Shah Alam, Selangor itu.
.
19 comments:
Hahh?? Apakah maksud dia? Musykil saya..
Err...dia perli ke?
Atau memang betul dijual pada orang Islam??
boleh terjemahkan maksud tersirat apa yang di katakan oleh cashier melayu tu?.....
paku payung nak antau kad raya kat nenek dia ker?
Insyirah,
Asalnya, aku saja perli dia, apsal dia letak arak sebelah minuman tin. Nasib baik dia tak letak sebelah susu kotak, kalau tak, memang aku ambik gambar...
Sue,
Salam. Sama ada dia maksudkan kalau aku nak juga, aku kena ngaku bukan islam, atau memang ia ikhlas tak nak jual kat aku.
Mak Teh,
Salam. Tak. Dia ada projek kat sekolah. Cikgu dia suruh bawak yg lama. Aku mana ada terima kad raya. aku beli la satu...
ko nk tau tak. apak mer aku pernah dulu nk business kedai tujuh sebelas ni. ko tau dia letak syarat apa? MESTI jual air kencing setan tu. terus dia kensel.
.
mungkin dia ingat bangah cina kot...yerlah...rupa dah ala-ala...
Fenomena negara Islam ala Malaysia haih!
ingat awak je boleh perli orang ke? hehe... dia pun reti jugak
TM,
Ye ke, aku pun kensel la nak beli share dia... hehe
Sue,
Mungkin jugak kut. Esok, aku nak kasi lagi sepet...
Esok jadi balik Melaka?
Waterlily,
Sekali sekala, akku sokong gak Hassan Ali ini..
KOG,
Aku perli dari pihak yang benar... dia? Tapi ye la, dia cuma pekerja je...
tak jadik kot........isnin saya kerja..wilayah persekutuan tak amik cuti nuzul Quran
Sue,
Jom shopping raye....
he he he..
itu ANAK baru..
IBUnya yang seTONGKOL kat SHAH ALAM tu?
Cam mana?!
Ajar paku payung buat e-card je...
kesian kat budak2 yang keje kat 7e. begitu juga yang jadi server kat hotel2. dan juga yang jadi pelayan MAS.
Ramai benar yang menjadi 'subahat' dan mereka ni sebenarnya nak cari makan.
Ashley,
Ibunya satu hari nanti kena bom tu...
Cklah,
Cikgu dia suruh bawak, mungkin ada aktiviti kelas.
Kakpah,
Tak boleh nak kata apa-apa. Kalau kita tanya dia org, dia org kata, segala-galanya tertakluk pada hati... typical answer.
Kalau kita tanya penari gelek Arab, dia pun bagi jawapan yang sama.
Aku rasa, kalau tanya Robinhood pun sama: the ends justify the means!
Biasanya, aku akan cakap, biarlah Khidzir menjalankan tugasnya pada zaman dia. Kita tak mampu...
salam...
hehe... lawak gak cashier tu... dia main perli2 balik..
ini lah dia kot yang namanya reverse psychology.. ahahaha
eh jap, lepas tu bayar tak kad raya tu? ke blah je sebab dia jual beer? huhuhu
Shye,
Salam.
Aku rasa pun dia main reverse psychology kat aku. Tapi, aku bayar gak: 2 keping kad raya + 2 kotak air susu coklat.... hehehe
bang nizam,
kalau ko beli beer tu, aku sendiri pergi shah alam, carik rumah ko pastu jentik telinga tiga kali. selagi tak puas, aku terus jentik. dah puas aku balik la.
hish buang tebiat orang tua ni.
Addy,
Err... kalau aku beli pun tentu untuk kamu, aupaya aku boleh jentik-jentik kamu juga... hahaha
Post a Comment