Friday, September 18, 2009

Pecal Jawa

.


Hari itu, aku ada bercerita dalam blog AZANI tentang pecal jawe kaw punya. Inilah dia.







Kacang tanah telah di tumbuk kasar awal-awal. Manakala, cekur dan cili dan lain-lainnya digilling mentah-mentah di atas batu berbentuk bundar itu. Seketul batu sungai digunakan sebagai anak giling. Kemudian, ditambah dengan ramuan-ramuan lainnya dan sedikit air.


Bila sudah halus, kakak tu gunakan sekeping upih pinang untuk mengautnya ke dalam plastik bungkusan.


Rasanya? Pehhhh... memamg kaw! Dengan aroma biji cekurnya. Sekali makan, terasa Jawanya hingga ke tengah malam.





.

9 comments:

Insyirah said...

Housemate saya orang Jawa. Tak pernah plak dia buat pecal Jawa utk saya rasa. Nanti nak minta la dia buat. Ngeh3x... :)

ckLah @xiiinam said...

Syirah....bukan semua Jawa sekarang tahu buat ni....hi..hi..


Ini hidangan yang dicari orang kampung setiap kali 'baraan' ke rumah mak ckLah di hari Raya kedua.....

ckLah @xiiinam said...

Syirah....bukan semua Jawa sekarang tahu buat ni....hi..hi..


Ini hidangan yang dicari orang kampung setiap kali 'baraan' ke rumah mak ckLah di hari Raya kedua.....

aza ni said...

nizam...satu masalah..lepa raya ni akak tu jual kat mana?tolong reekie untuk aku...kalau setakat shah alam...insya allah aku redah..weekend nanti...

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Tak semua jawa tau nak buat pecal macam tu... Dalam keluarga aku arwah bapak je yang tau sukatan sebenar. Kalau terlebih kacang, terasa macam kuah kacang untuk nasi impit. Dan tak boleh terlalu pedas atau terlalu manis. Juga tak terlalu banyak asam jawa dan udang kering dan bawang goreng. Segala-galanya perlu perfect... Bapak dah tak ada, aku tak pasti siapa diantara kami yang benar-benar tau sukatan itu.

Cklah,
Memang pecal menjadi carian orang baraan... termasuk kampung aku.


Azani,
Seperti yang aku cakap sebelum ini, aku tak pernah jumpa mereka tu sebelum ini. Itu kali ke dua aku jumpa mereka. Aku rasa, mereka tu berniaga untuk bazaar ramadhan. Mereka itu memang pelat Indon, bukan jawe. entahlah, kemana mereka selepas raya ni...

ASH said...

Kakak depan rumah siap buat pecal Jawa ni setiap kali open house. Kuah pecalnya IMPORTED dari perkambungan JAWA Sabak Bernam!!
ha ha ha...
dia orang Melaka..
suaminya orang Sabak bernam.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kak, kuah pecal tu satu hal. Sayur-sayur di apun kena la 'masyuk' gak..

Mesti ada pucuk paku, pucuk ubi, nasi impit, tunas toge, kacang panjang...

tasekM said...

pakai batu sungai yek...? susah jumpa nih...

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku pun tak pasti camne dia gelek... atau mungkin golek kut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com