Sunday, September 6, 2009

Peringatan: Siap kau para peniaga bazaar S.Alam!

.


Ya, aku memang tak serik-serik kalau bab-bab makan memakan ni. Lebih-lebih lagi kalau untuk berbuka


Petang tadi, selepas bertapa lebih separuh hari di gua batu atas bukit sana tu, aku singgah di bazaar Ramadhan di Stadium S.Alam. Aku nak tengok, apa gahnya juadah di situ. Nak tengok pada asalnya. Nak tengok sahaja sebab Mama telefon dia nak buat sup ayam special untuk berbuka.


Bila aku sampai, lautan payung-payung merah menaungi seantero bumi. Kalau kucing(orengemok) berlari atas payung-payung itu, sampai ke hari raya haji belum tentu turun ke tanah gamaknya!

Aku mula 'moncah'! Aku telefon Mama, tak payah masak apa-apa. Aku beli semuanya di sini.




Gerai pertama aku singgah: Rojak Singapura.
Aku pilih yang kaw-kaw, yang menimbun tinggi. Aku geram sebab banyaknya dalam bakul tu. Aku cadang setiap satu jenis aku pilih satu. Tapi, bila aku buat macam tu, naik penuh plastik tu dibuatnya. Strategi aku tak betul. Aku pilih yang bertimbun-timbun je. Harga? RM 15 je.

(sampai dirumah, hampeh tak sedap. Pengajaran: jangan pilih yang bertimbun. Ia bertimbun sebab orang tak suka, tak sedap!)




Gerai kedua aku singgah: Lemang dengan rendah tok.
Aku pilih sepotong lemang. Kemudian, aku pilih rendang tok. Aku tengok daging yang pejal dan besar, baru berbaloi dengan harga rendang tu. Harga? RM 10 je.

(rupa-rupanya, rendang tok berdaging pejal dan besar tu adalah bahagian yang keras dan liat. Peringatan: lebih baik pilih rendang tok yang sedikit hancur dan kecil-kecil, lebih selamat!)




Gerai ketiga aku singgah: Nasi Beriyani berlauk.
Aku minta 2 nasi beriyani ayam dan nasi tomato. Untuk nasi tomato itu akan pilih lauk special. Untuk aku. Aku jenguk satu belanga yang besar. Di dalamnya gulai limpa masak kicap kegemaran aku. Aku suruh peniaga tu godak-godak seisi belanga, limpa ber uak-buak naik dan turun. Aku geram. Aku pilih yang agak besar, 2 keping. Harga: RM 14 je.

(Bila aku makan limpa tu, bau lembu melekat di tekak, hanyir pun ada. Peringatan: Jangan pilih lauk dalam periuk besar dan tak ramai pengunjung yang datang. Itu mungkin lauk minggu lepas!)



Dan aku pulang dengan kos makanan sebanyak RM39!




Aku memanjatkan kesyukuran ketika berbuka. Namun, aku masih tak puas hati dengan para peniaga bazaar Ramadhan di situ. Hish!





.

19 comments:

ckLah @xiiinam said...

Howalah.....tak habis lagi berperang dengan peniaga Bazaar Ramadhan ya...kesiannya....



Hari ni ,ckZahan beli sup kepala ikan merah dari gerai wak dekat Baknk Rakyat lama tu.....wak apa ke namanya....Alaaa....gerai yang kau suka tu!
.
Bazaar Ramadhan ni kurang percaya sikit sebab sebahagian besar peniaganya hanya berniaga di bulan Ramadhan saja....tak biasa menjual 'makanan' kepada orang....taunya nak makan orang je...

kucingorengemok said...

nak suruh kucing-(o.g.) lari atas payung? si gemok jatuh masuk dalam periuk kang dapat la rasa rendang kucing besok, kih kih...

teruskan perjuangan! basmi peniaga sambil lewa!!

aza ni said...

he he he,,,,sayembara bulan ramadhan....benar kata cklah...jgn pilih muka baru...pilih muka season...at least lima ramadhan...dan pilihyg dah kahwin..kalau baru bertunang...alamat gula dan garam sama je...angau lagi...

Insyirah said...

Housemate saya selalu cakap, pilih gerai yg selalu dikerumuni oleh manusia-manusia. Tapi saya rasa teori ni masih tak boleh pakai.

Anonymous said...

brader,.. luh punya taste high-end la... one thing wa kagum sama luh, sokong industri local... syabas beb...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Tu gerai Mbah Domblok.. hahaha
Cuba gulai lemak kepala ikan Nyok-nyok pulak.. itu speciality dia.

Aku geram. Mula-mula aku geram kat juadah yang mongel-mongel tu.. bila dah makan, aku geram kat peniaga tu.. hish.


KOG,
Rendang kucing lebih kurang sama dengan rendang arnab kot... hahaha


Azani,
Betul tu, kebanyakkannya semua muda-muda je... aku musykil gak, bila dia org belajar memasak ni? Tapi, yang pasti, tak ada sup torpedo kat situ, aku tak jumpa lagi... hahaa


Insyirah,
Teori tu boleh pakai sebenarnya, especially kalau dah tengah-tengah puasa ni. dan terbukti la tu. Cuma, aku malas nak beratur panjang, tu la sebabnya aku terjerumus lagi... dan lagi... dan lagi..


Sepa,
Aku, dengan sedaya upaya, aku cuba berhari-raya bersama-sama mereka tu. Tapi, dia org tu tak ikhlas... haih!

Alina said...

setakat hari ni saya tak pernah lagi ke bazaar ramadhan. dan harap nak cipta GUINNESS world record. hehe.

wah. ini dah macam rancangan tivi yang ada hos shamsul ghau ghau tu jek. :)

ASH said...

39 hennget..makan cam gitu? hmmm..kira sabor juga la ko ni...

tasekM said...

aku kalau weekend aku memasak. kalau hr kerja hr2 pi pasar ramadhan. dan hampir setiap hr aku makan nasi tomato. tapi lain2 kedai. sekali tu aku cirit birit. bagero sungguh...



.

Wan Syahida said...

Isk isk isk. Depa ni niaga, tak jujur.. Tau nak untung jek. Macam tu lah.

Teori yg saya pakai pulak, saya suka tengok riak wajah orang2 yg menjual tu... Saya guna instinct.. haha... Ada muka baik, maka Insya Allah... Kadang2 saya membeli kat gerai yang takde orang, sebab saya kesian...

Anonymous said...

(Moral Of the story)= makan yang kakngah masak ajelah lagi sedap..betul tak?

Nizam.Ariff said...

Alina,
Aku kagum kerana kamu setakat ini masih berjaya kekang nafsu bazaar ramadhan mu.. haha

Ashley,
Kena sabor je le kak, asyik kena perli memanjang dengan Mama... Dah tu, rojak singapore tu masih berbaki separuh plastik lagi... tak sedap!

TM,
Nasib ki macam sama dgn nasib aku le ye... kita ni perantau, kita singgah untuk cari makan, betul tak?

Shye,
Entah macam mana, aku pun sama dengan kamu gak. Kadang-kadang tu, hati kita ni bersih. Walau kena sekali, kita masih nak cuba tempat lain pulak... hahaha


DakSu,
Ok, hari mi Mama masak....
Aku nak beli pengat pisang dan bubur keledek je kat kedai...

mungkin tambah sikit pulut panggang. Kalau ternampak daging goreng, mungkin beli sikit kot, sikit je... err.. kalau ada nasi dagang pun sedap jugak ni... dah lama tak makan nasi dagang atau nasi lemak kukus dengan ayam berempah... pekena pulak dengan teh, pergh.... nikmat dunia. Nasi kerabu ke... atau sup tulang pun ada jugak dia jual kat situ...

SHIMI said...

Salam bro. Kadang-kadang tak faham kenapa orang nak berniaga di bazar ramadhan padahal bukan pro mana pung...

Tapi kat sini tak der suma tu bro

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Yo bro... aku perasan semua tu, tapi dia org masak macam pro, tu yang aku beli. Makan le makanan tradisional sana, bro. At least , boleh le cerita kat kami kat sini... amacam bro?

Bestari said...
This comment has been removed by the author.
ibundo said...

sekali lagi aku nak komen macam ni: kah..kah..kah..
memang ko tak serik2.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kita kena sentiasa berusaha untuk berjaya... hahaha

addyaholix said...

aku selalu berbuka makan nasik kukus ayam dara sebungkus nasik lebih dengan air sebungkus. cukup. menu aku jarang berubah bang. sebab gerai jual nasik bungkus tu paling depan. aku malas jalan lama-lama. sesak. rimas aku. dan aku selalu beli last minit sebab air selalu aku bayar seringgit tapi dapat dua bungkus.

kesimpulannya, aku benci orang suka membazir macam ko bang nizam. hahaha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku bukan membazir, aku cuma tamak.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com