Monday, March 29, 2010

Awas! cerita ini agak memualkan, menjijikkan ... tapi itulah kenyataannya

.

Berkenaan dengan entry kena tag, ada satu soalan dari Hana tentang wallpaper, atau tentang gambar.


Dan ketika aku upload gambar-gambar dari handphone aku untuk isi entry seterusnya, aku terpandang satu gambar yang sudah lama aku tak nampak tapi masih ada dalam hanphone aku.


Ya, gambar yang aku akan ingat sampai bila-bila dan aku tak padam. Biar ia kekal di situ. Ini gambarnya.





Percayalah, ini adalah gambar pertama yang aku ambil menggunakan handphone sekarang ini. Gambar yang aku ambik kira-kira 2 tahun lebih yang lalu. Kenapa?


Kerana handphone yang sebelumnya telah jatuh ke dalam menatang tu dan lemas. Oleh kerana handphone yang jatuh itu adalah pemberian Mama sempena hadiah hari lahir aku , dengan gagahnya aku lipat lengan baju dan seluk ke dalam menatang itu.


Agak payah nak cari pada mulanya kerana tak nampak. Oleh itu, aku terpaksa kuak benda-benda lain yang mengganggu pandangan mata aku. Bila aku seluk lebih dalam, aku pegang sesuatu yang lembut. Serta merta aku lepaskan kerana aku tahu handphone bukan begitu struktur binaannya. Handphone bukan lembut dan lembik seperti itu.


Bila dah jumpa, aku keluarkan tangan dan aku tanggalkan baterinya. Seterusnya, aku basuh saki baki daki-daki kuning yang melekat pada tangan dan handphone. Kemudian, aku keringkan dengan hand-dryer versi tandas yang melekat pada dinding. Naik merah tangan aku.


Petangnya, bila aku hantar ke kedai, towkey tu kata tak boleh di selamatkan. Dia kata isi perutnya banyak yang hampir cair kerana panas! Err... aku terlebih guna hand-dryer agaknya..?!

Ah!!! Aku yang bunuh kamu wahai handphone... maafkan aku. Dan secepat itu juga, aku gantikan dengan handphone yang baru, yang aku pakai sehingga sekarang ini. Dan sebaik sahaja aku masuk ke pejabat, aku terus ke tandas tadi. Aku mahu handphone baru ini tahu mana asal-usulnya, jangan lupa daratan nak mewah-mewah dengan aku. Kemudian, aku snap gambar menatang mangkuk tu...


Percayalah, ia cerita yang benar... date taken: 13/8/2007 at 2.57pm tercatat kukuh!


Dan handphone yang aku bunuh itu aku semadikan semula dalam kotak keranda asalnya, dan aku simpan mayatnya di rumah ini. Aku tak akan buang mayatnya merata-rata seperti kutu berahak yang buang bayi merata-rata itu.





.

9 comments:

kucingorengemok said...

nasib henpon kita serupa

ASH said...

Ha ha ha..
Kau main seluk seluk ek??? huishhh....apa punya komen nih!!

tasekM said...

apsal tajuk lu gagak tu bro...? he he.

aku pernah sekali tu. spek masuk situ. menyeluk la jugekkkk... eeeiiiii... perasaannya.... hanya yg pernah menyeluk sahaja yg bisa memahaminya.

ha ha.



.

ckLah @xiiinam said...

Nasib baik dah lepas makan.....

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku rasa menatang tu memang seperti sang algojo buat henpon-henpon...

Ashley,
Yep.. aku terus main seluk je.. ish, apa jenis jawapan aku ni.. hahaha

TM,
Kesian kat ko sebab tentu masih terbayang-bayang di 'mata' ... hahaha

CkLah,
Syukur... errkkk kenyang! hahaha

Myself said...

seluk?euuwwww..sbb tuh la kot effect smp skang..penyakit kulit pd tangan..haha

secangkir madu merah said...

erk? eeee? wekkkkkk....

Hana Nasir said...

hmm.. hana juga penyebab nya :p

Nizam.Ariff said...

MMI,
Eh, itu bukan losyen tangan ke? hahaha

SMM,
Wooo.. muntah... mintak sikit, boleh jadi Badang nih... hahaha

Hana,
Pencetus idea... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com