Friday, June 4, 2010

Ulam pucuk betik rebus....

.

Dah 2 hari aku makan tengahari bersayurkan pucuk betik rebus. Sambal belacan itu mesti.

Entah kenapa, tekak aku lebih mereng ke kampung sejak akhir-akhir ini.

Pucuk betik rebus itu pahit sebenarnya, tetapi tukang masak di restoran itu mungkin mewarisi petua untuk menghilangkan sedikit getah pahit. Jadi, aku makan pucuk betik rebus itu terasa seperti makan kerabu daun lainnya.


Tapi, itu bukan persoalannya.

Kenapa tekak aku mirip ke arah kampung sekarang ini?


Mungkin rindu suasana kampung? Tak mungkin, kerana baru balik ke sana.

Atau kerana terlalu mashyuk dengan persekitaran bandar menyebabkan aku bosan dengan kehidupan sebegini dan terkenangkan suasana lembut dan rileks di kampung?


Atau kerana sesuatu akan berlaku ke atas aku? Kematian yang hampir biasanya membuatkan seseorang itu sering teringat masa silam, dan termenung.



Dah 2 hari aku makan tengahari bersayurkan pucuk betik rebus dan sambal belacan.

Soalannya sekarang, sempatkah aku makan ulam itu untuk hari yang ke-3?






.

5 comments:

Nizam.Ariff said...

'Tapi, itu bukan persoalannya.."

Dalam petikan di atas, apakah persoalan yang sebenar? (10 Markah)

tasekM said...

dah betik pulekkkkkk.....

:p


penat la nk pikir persoalan apakah... sbb dlm kepala aku ni pun tgh banyak tanda soal nih...

:)

.

ckLah @xiiinam said...

Sabtu lepas kenduri kawin di Lekir...dihidangi kerabu. Anak teruja mengisi pinggan, ingatkan keluban biasa tu....rupa-rupanya pucuk betik....

Depa tak makan....pahit sangat kata dema..

aza ni said...

salam nizam
persoalan nya apakah persoalannya?

Nizam.Ariff said...

TM,
tukar tanda soal tu kepada tanda seruan.. hahaha

Cklah,
Pahit itu penawar, cakap cam tu kat depa' cikgu..

Azani,
Itulah yang aku cari pun sebenarnya, apa persoalannya di sini sebenarnya..? hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com