Saturday, June 5, 2010

Sipenjual kuew teow sup...

.

(((( Sila pakcik makcik, masuk dalam lagi.. selamat datang ke Kedai Kain Beng Ngong ))))


Tangkak. Bergetar jiwa dan tahi telinga dengan dentuman lagu-lagu heavy rock tempatan dan junk-disco bersuara budak kecik hidung penyet. Kalaulah gegendang telinga aku daripada kulit bawang, pecah lapan jadinya.

Di kedai itu, aku terus ke pintu belakang. Aku biarkan kaum-kaum ibu berdrama dengan penjual kain ela. Drama King. Jurujual kain bermata sepet itu berkali-kali kata kain-kain yang tegak berdiri berkayu-kayu itu semuanya kain-kain baru. Ceit! Aku tengok bahagian bawah kain tu dah kotor berdebu. Itu bukan kain baru. Itu ialah kain yang baru SAMPAI dari dalam stor. Lepas tu, kain-kain gulung itu semuanya dah tinggal sikit, dalam 10 - 15 meter satu gulung. Katanya, kain itu ramai yang minat itu sebab cepat habis. Penipu betul. Itu kain 5 tahun lepas yang tak habis-habis dijual. Walau dia kata corak baru, siapa yang pernah hafal corak abstrak setiap kain dalam kedai?


Di belakang kedai itu adalah stesen bas pekan Tangkak. Aku berdiri dekat pintu kaca di belakang kedai itu. Aku lebih berminat dengan satu gerai Cina yang berkonsepkan 'open air'. Aku ralit perhatikan cara dia masak kuew teow sup. Mulanya, hanya sejirus air rebusan tulang yang diceduk dari tangki stainless dan dimasukkan ke dalam kuali panas. Kemudian, sedikit demi sedikit rencah yang entah apa-apa dimasukkan. Beberapa cebis daging rebus, rupanya macam usus kecil babi. Sos ikan dan entah apa-apa sos lagi. Kemudian sayur dan kuew teow. Warna air rebusan tulang yang tadinya kelabu itu kini telah berubah menjadi pelangi indah.


Aku juga berminat dengan makcik tua berseluar pendek atas lutut, yang sibuk menolong pasangan penjaja Cina itu tadi. Dalam setengah jam aku intai dari balik pintu kaca itu, aku cuma lihat tugas dia ialah memastikan 2-3 besen air plastik itu penuh dengan air paip, kemudian dia rebus air, kemudian dia pindahkan air panas itu menggunakan gayung besi ke dalam tangki sup. Agak cemerkap kerjanya, kadang-kadang curahan air panas itu kesasar dari mulut tangki sup tulang itu dan memercik ke atas tar. Lalu disambut dengan sumpah seranah lelaki Cina, pasangan si penjaja itu. Aku syak, makcik Cina itu bukan ahli keluarganya. Ia cuma orang upahan sahaja.


Di satu sudut di dalam kedai itu, tidak jauh dari aku pula, seorang lelaki cina tua yang kurus dan berseluar pendek asyik menyusun kotak-kotak kecil dan selinder-selinder kertas yang telah digunakan. Selinder kertas tebal dari dalam gulungan kain yang telah habis dijual sebenarnya. Terkial-kial dia menyusunnya sebelum dia cuba ikat. Aku menoleh kepadanya sebab dia asyik membebel... "hantu punya olang.. jahat punya olang.. haiya...."


Aku pelik, dan aku takut 'olang' itu adalah aku. Rupa-rupanya, ada seorang lelaki Melayu separa abad bergurau dengan orang tua Cina itu. Setiap kali orang tua Cina itu tunduk untuk ikat selinder kertas itu, lelaki Melayu itu akan tepuk bahunya menyebabkannya terbangun dan melihat di belakangnya. Akhirnya, dia siap mengikat kertas itu. Dia tersenyum pandang aku sambial kata ".. itu jahat punya olang, suka kacau saja.. hahaha.." Aku balas dengan senyuman kecil. Lalu, aku tolong bukakan pintu kaca itu untuknya. Dia ucapkan terima kasih.


Oleh kerana aku terlalu lama mengintai penjaja Cina penjual kuew teow sup daging babi, ada beberapa makcik, pakcik dan anak dara Melayu keluar masuk pintu itu. Dan banyak kali juga aku tolong bukakan pintu untuk mereka. Aku dah jadi macam penjaga pintu kedai kain itu. Sayangnya, tak seorang pun ucapkan terima kasih kepada aku, kecuali ada satu awek yang mengerling pada aku dan tersenyum.



Tak. Aku tak berminat dengan drama king si penjual kain di Tangkak. Aku lebih berminat dengan Nyonya penjaja koew teow sup daging babi, perempuan Cina merebus air paip dan lelaki Cina tua yang mengutip kertas itu.


Maka secara rasminya, gema Hari Raya pun bermula...




Dan dalam perjalanan pulang ke Nyalas, aku singgah di sebuah warung tepi jalan. Dan aku pesan semangkuk kuew teow sup dan kopi O ais...




.

11 comments:

ASH said...

Ending yang serammmm

ckLah @xiiinam said...

Beng Ngong.....he...he

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Seram kat mananya kak?... Ooo.. koew teow tu halal kak.. tak ada usus kecil babi rebus... hahaha

Cklah,
Beng Ngong dengan Meng Ngong tu adik beradik tau cikgu... keturunan Ngong Ah Kau Ni... hahaha

Tijah said...

best tengok cara cina masak kan? expert giler. kalu tengok AFC dia masak mmg rasa cam nak order jer bak kut teh tu. erkkk. eww..

ibundo said...

aku cukup tak suka kalau pergi kedai yang ada musik bang bung bang bung..
nak membeli tak jadi, terus belah..

err.. ko memang ada bakat menyengodeng kahkah..

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Tu la.. aku pun berselera bila tengok segala macam jenis kicap pekat dia tu... tu yang singgah pekena mee basah dan koew teow sup kat tepi jalan... nafsu bergelora la beb...hahaha

Kakpah,
Dah terbiasa masa kecik-kecik dulu kut.. dari celah-celah dinding rumbia/zink bilik air kampung.. hahaha

sue said...

bli baju raya lg ker?warner per?

tasekM said...

tak pergi gunung ledang ke...? berendam 2, 3 jam...

:)




.

Nizam.Ariff said...

Sue,
tema musim ni...emas. hahaha

TM,
Berendam lama-lama .. kecut weh..

secangkir madu merah said...

tengok kuewteow cina tu mesti kau dah terliorkan? sebab itulah lepas tu terus cari kuewteow sup tapi yg pasti halal punye..

berapa kodi kain mama borong...? raya sakan lah taon ni..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Mama tak beli apa-apa. Dia dah borong kat Jakel bulan lepas...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com