Saturday, August 28, 2010

Trankuiliti ... Jelawat dan Lampam di bulan puasa.

Sesi Pagi.


Aku bertolak dari S.Alam seawal jam 6.30am, selepas bersahur dan solat subuh, menuju ke kampung halaman di Perak. Tak pernah aku bertolak seawal itu. Thrill juga memandu dalam keadaan sejuk awal pagi. Lebih-lebih lagi bila kami dah berjanji untuk bertemu di kampung pada pukul 8.30am. Pada siang sebelum bertolak itu, aku dah berpakat dengan abang aku untuk pergi memancing di sebuah sungai, salah satu anak sungai kepada Sungai Perak yang maha luas itu.


Oleh kerana menepati janji dan masa itu penting, aku tekan pedal minyak dan elakkan pandang pada meter kelajuan. Mama asyik menjeling kepada aku. Biarkan. Dan akhirnya, kami sampai ke kampung jam 8.34am... terlewat 4 minit. Sementara menunggu abang aku, aku lelap dahulu. Dalam 20 minit, abang aku pun sampai.


Dan tak sampai 30minit kemudian, kami dah bertolak ke destinasi memancing kami pula yang terletak lebih kurang 7 km dari kampung aku. Terletak di dalam hutan yang diteroka penduduk kampung setempat, kawasan ini dulunya adalah kebun getah, dan kini menjadi ladang kelapa sawit.


Trankuiliti... sungai mengalir lesu

Joran pinjam dari abang aku... aku bawak benda lain je..



Menggunakan umpan biji kelapa sawit pada tali perambut 50 lbs dan menggunakan teknik tanpa batu ladung, aku lemparkan ke umpan tersebut ke dalam sungai. Dasar sungai penuh dengan kayu dan ranting sawit yang terendam, batu ladung akan menyebabkan tali pancing tersangkut dan putus.



Dalam 30 minit pertama, aku berjaya menaikkan Ikan Jelawat ini:



Jelawat yang tewas di hujung kail aku...


Jelawat segar sebenarnya cantik... merah ridipnya


Juga beberapa ekor ikan Lampam Jawa dan Lampan Perak selain Jelawat itu. Sebelum masuk waktu Zohor, kami pulang dahulu.

Abang aku sarankan untuk kembali semula ke sungai itu untuk sesi petang pula.... selepas ini.





.

5 comments:

tasekM said...

jelitanya jelawat tu. kalau aku tak gamak nk makan. rasa nk bela je.

hiks.



.

ibundo said...

wow... apa dah jadi dengan jelawat dan lampam tu.

kucingorengemok said...

haram tak kenal ikan2 ni semua... aku kenal kembung ngan selor je. dengan ikan pari. ikan bilis. eh banyak jugak tu! heh :)

aza ni said...

salam zam
cuti semopena merdeka

Nizam.Ariff said...

TM,
Ikan fresh semuanya cantik2. Kalau dah jadi ikan kering, lain pulak rasanya... hahaha

Kakpah,
Tungguuuuu..... hahaha

KOG,
Banyak huga tu.....

Azani,
Cuti sempena Nuzul Quran bang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com