Dek kerana lidah dan tekak yang berubah rentak akhir-akhir ini, juga dek imbauan kenangan silam dengan arwah Bapak, maka Ikan Gelama Masin menjadi juadah yang mesti ada. Ironinya, Ariff juga gemarkannya. Cuma kadangkala dia tanya, " telurnya boleh dimakan ke?"
Syahdan maka dek selalunya Ikan Gelama itu dihidangkan, bekalan Ikan Gelama itu pun maka berkuranglah ibarat menyunggih padi sebukit, sekepal juga jadinya.
Sebermula cerita akan Ikan Gelama Masin sudah hilang dari peterakna, maka gemparlah sekampung. Maka huyung-hayanglah seorang-seorang. Mana yang berjalan jadi berlari, mana yang berlari jadi berlompat, mana yang melatah bertepuk-tepuk, mana yang buta mencari tongkat. Maka gegak gempitalah segalanya. Maka debu duli pun naiklah ke langit, menuju ke Syonan-to'. Maka, mong-mong pun dipukul oranglah.
Sedangkan pasar belum cukup sepekan, manatah datangnya Ikan Gelama Masin itu. Maka syugullah beta, bila dilihat akan beta kepok yang berdebu itu maka bertambah-tambahlah syugul beta.
Sebeberapa lama sudah berhulu dan berhilir di ruang penghadapan, maka beta pun menyuruh bersiap-siaplah segala inang. Maka, beta pun mengajak semua pergi mencari Ikan Gelama.
Masuk hutan keluar hutan, masuk padang keluar padang. Habis gunung didaki, habis sungai diredah. Maka, sampailah beta dan segala inang ke negeri di bawah bayu biru itu:
Dapatlah kami berlaukkan Gelama Tak Masin pada malam itu...
.
9 comments:
gini gaya punya pantai kompom kat melaka.
tetiap minggukah balik melaka..?
.
TM,
Tak.. salah. Pantai Melaka dah penuh pasior asyik kena tambak jer. Itu kat Klang...
kat klang...? oooo... belah kelang pun pantai pesen gini gaya yek...?
pantai tak de pasior tak sedap la aku rasa. utk mancing sedap le kot dak....?
eh... dah tinggal 2 org nih... tak pe ke dah memalam nih...
hahaha...
:p
.
Baru tadi ajar tentang kesusahan penduduk di Zaman Jepun kat budak-budak...ada sebut ikan masin dan Syonan-to tu..
:D
mana gambor ikan gelamanyer?
TM,
Tak semestinya gak. Ikan berenang, mana-mana pun dia boleh pegi...
Cklah,
Ye ke? hah, syllabus kita sama la semalam... aku teringatkan novel Anwar Ridhwan....
Anon,
Jap...nanti aku masukkan...
salam zam
macam ku kenal itu pantai ....tapi kat sabah.....aku salah cam kot?macam kat pantai manis papar...
kalau macam kat sini boleh dapat gelama, ek?
Azani,
Kat Klang la.. Tanjung Harapan
Ashley,
Gelama ni kat mana-mana pantai pun ada. Ikan wajib...hahaha
Post a Comment