Semuanya gara-gara bahanapi yang hampir kosong dalam tangki, sampaikan komputer ECU pun tak sanggup nak kirakan berapa perbatuan yang tinggal untuk baki minyak yang ada.
Range... 0 ! Tapi masih maintain 55km/j |
Kisahnya begini.
Sewaktu hendak pulang ke S.Alam, aku rancang nak isi minyak di pekan Bidor. Bahanapi masih berbaki 1/4 tangki. Sepatutnya tak ada masalah. Nak dijadikan cerita, sampai satu simpang tu, ada satu jalan baru dibuka. Jalan pintas melalui lombong Kg. Pasir tanpa melalui pekan Bidor, jimat masa perjalanan lebih kurang 30 minit.
Maka, tak terisilah bahanapi di Bidor. Seterusnya, aku lalu jalan dalam ke Tg. Malim. Sempat juga singgah makan-makan tapi tak juga isi bahanapi sebab tak mau guna RON95 petronas. Jadi, seterusnya aku rancang nak singgah di pam minyak di hentian rehat jejantas Sg. Buloh. Aku masuk lebuhraya melalui tol Tg. Malim. Sesampai di Rawang, komputer paparkan imej yang merisaukan. Lagi berbelas-belas kilometer lagi. Sesampai di stesen itu, komputer dah tunjuk angka '0'. Tapi, sebab dah sampai ke stesen itu, hati lega. Kalau kena tolak pun tak jauh sangat, kata Mama.
Nak dijadikan musabab, semua pam minyak tak boleh diguna. Sistem komputer 'down'. Pukul 10 malam baru juruteknik datang. Alamak! Takkan nak tunggu 2 jam?
Mahu tak mahu, aku pun capai tong air minuman 5.5 liter dari dalam bonet, aku kosongkan air tu. Mula-mula aku gerun juga kalau air itu masuk ke dalam sistem minyak, habislah sistem pancitan bahanapi kereta aku. Kemudian subjek Fizik mula menerjah masuk. Air kat bawah, minyak petrol di atas kerana ketumpatannya lebih rendah. Jadi, tak kisahlah walau ada secawan air dalam tong itu.
Dalam hujan, berbekalkan payung sekaki, aku berjalan kaki ke pam minyak seberang sana lebuhraya melalui restoran jejantas Sg. Buloh. Misi perlu ditamatkan walau pun banyak mata memandang aku bawak minyak petrol di dalam botol plastik 5.5 liter hampir penuh. Dia orang syak aku nak buat bom petrol agaknya.
Aku isikan lebih kurang 4 liter sahaja. Aku tak tonggang habis botol tu sebab ada baki titisan air dibawahnya. 4 liter minyak petrol itu sepatutnya cukup untuk aku terjah sehingga S.Alam.
Alhamdulillah, kami sampai jua walau terlewat 30 minit daripada perancangan awal. Tak apa, biar lambat sedikit daripada lambat banyak.
.
11 comments:
nasib baik masa nk nyeberang hiway tu ko tak kena langgor...
tu yg takut sekali tu..
.
TM,
Aku nyeberang ikut jejantas sg. buloh. kalau ikut lebuhraya, mau hancur berkecai dah badan aku...
Salam maulidurrasul..zam,tasek
Azani,
Salam dan selawat ke atas junjungan kita...
Selamat bercuti...
Hari Ahad lepas pun cklah kekosongan tangki. Singgah stesen...orang ramai ya amat sbb stesen buat open house Dung Dung Chiengg! Nak ke stesen lain takut tak sempat....Tup-tup, depa bagi hamper, pelanggan bertuah. Hahahah
Cklah,
cikgu, hamper tu hamper la jugak....abis tu minyak camner? hahaha
ye tak ye ko kabor kat sg buluh tadi. fokus aku ke laut. ntah-hape-hape je la yg berselirat dlm kepala nih...
ni yg rasa nk ngadu kat ko je ni bang...
haih...
.
TM,
Jgn la nak suh aku mati cepat sangat nak lintas lebuh raya lak... hahaha
salam zam
aku tak mahu kau bahayakan diri....nah ambil balik apam haritu....
saam zam,tumpang lalu...
salam cikgu...beli minyak dapat hamper.....rezeki
Azani,
Dah lama dah... basi.. hahaha
Azani,
Rezeki di atas rezeki tu.. hahaha
Post a Comment