Saturday, March 26, 2011

Hibernasi 5: Satu waktu dahulu... aku bertemu UFO dan aku dapat RM1,000

.

Masa tu, Mama tengah mengandungkan si Ariff. Masa itu juga, aku MC selama 2 bulan. Masa itu juga, ada Formula Malaysia.

Jadi, aku gunakan masa-masa itu untuk membuat sesuatu di rumah. Dua bulan tak boleh bekerja dan bertongkat, aku gagahkan diri mencoret cerita dan plot mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Aku pilih kategori terbuka kerana aku memang dah terbuka. Dan aku pillih cerita pendek kerana aku tak boleh tulis lama-lama, sakit pinggang duduk bersila lama-lama.

Maka, aku siapkan cerita pendek mengikut selera Formula Malaysia tapi biasalah.... aku... mesti ada elemen saspen punya. Aku siapkan dalam seminggu.

Judul asal ialah UFO. Tapi, judul yang aku hantar ke FM ialah 'Hajatnya kesampaian...'



Sayang, aku tak ada softcopy lagi. Dan kena makan dek virus lamaaaa.. dulu. Yang tinggal hanyalah naskah kecil yang aku cetak sendiri. Naskah asal sebelum edit. Hanya satu.





 Tanggal 26 Feb 2000, aku dapat satu panggilan telefon dari kakak ipar aku. Dia kata, nama aku terpampang di dada akhbar Berita Harian. Ya, nama aku ada di situ. Seminggu kemudian, aku terima sepucuk surat.




Antara scene yang aku suka...












Ya, waktu itu aku sungguh 1Malaysia.. sungguh-sungguh.. ceit!



.

12 comments:

tasekM said...

pehal cerpen nak gaya novel lak dia punya tebal nih...?




.

ckLah @xiiinam said...

Nak satu copy!

Nizam.Ariff said...

TM,
Kertas A4 belah dua.... memang tebal la...

Tapi, 30 muka gak. Bukan cerpen ek?

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Camner nak hantar? Softcopy tak de...

tasekM said...

itu bukan cerpen la bang.
itu cerpan.

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,

Logik...ko memang cerdas la.
Cerpan tu bukan macam bunyi cipan ker...

tasekM said...

betul la cipan.
citer panjang.


:p





.

Fadhilah Maarif said...

terlebih sudah! bukan cerpen, itu cerjang..hehehe..

Nizam.Ariff said...

TM,
eh..? hahaha...
pesen orang kini..ce citer... ce citer


FadhilahM,
Nasib baik dia orang nak terima. tak berapa panjang sangatlah....rasa-rasanya dalam 4000-5000 perkataan je...

aza ni said...

Salam zam
azam tidak peduli....................................Dia mahu....

camana nak kaleh mukasurat ni...

aku dah syak dah dari lenggok ntri....
memang bolh setara penulis penulis nasyhur.

Aku akan cuba google, kalau dapat pdf copy..ok gak.


ini masa tengah MC..kalau tak...

secangkir madu merah said...

cer type elok elok balik bubuh dlm blog ... kabur ar, ke mata ni yg dah nak lelap kot..ghopa ghopa nya udah pukol 12.30mlm...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Akuu cuba cari.. tak de la...
Kalau dia orang antologi, aku nak beli tapi tak tau judul apa...

SMM,
memang kabur kak... kamera hp vga jer...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com