Oleh sebab-sebab tertentu, aku perlu penuhkan butil dan kantung kerana mahu berhibernasi di alam nyata yang ini.
Kalau aku terjaga sekejap dek mimpi ngeri pun, aku akan berbicara sedikit-sedikit sebelum aku kembali tidur. Aku akan jengah-jengah kamu-kamu dari balik mimpi tapi alam nyata aku yang ini mungkin gersang dari ayat-ayat yang penuh.
Dan mungkin butir bicara itu agak payah dimengerti kerana adat orang mamai, bercakap pun awang-uwung, goyah getar suara.
Sebelum aku tarik gebar hibernasi dan mula muncul di alam sana yang satu lagi (carilah aku di situ), aku tinggalkan sikit bicara sebagai doa tidurku untuk kallian... silakan.
MALAM
[ ** / 09 / 1994 ]
Dari dalam selubung tidur
aku susuni baris-baris ayat ini
untuk kau fikirkan.
Hijab malam yang dilabuhkan
untukmu supaya tidur sejenak
menyembuh kembali parut-parut luka
yang berdarah kembali setiap kali kau terjaga
untukmu supaya setiap kali kau bangun
menjengah matahari pagi yang segar
kau lebih cekal menyusuri dunia
mencari kedamaian dan kemakmuran.
Juga
Hijab malam ini dikeramatkan
untukmu supaya mengumpul kembali kekuatan
menentang musuhmu yang utama
dalam peperangan yang lagi satu
untukmu supaya menilai kembali dirimu
setiap perbuatan yang telah kau lakukan
semasa menjalani hidupmu seharian
Dan
Hijab malam ini dilabuhkan
untukmu supaya kau takut
kepada kuasaNya
yang menidurkan kau
dan menjadikan kau alpa
dan membuatkan kau lemah
dan pasrah untuk dilakukan apa-apa sahaja
untukmu supaya kau lebih beringat-ingat
kalau-kalau tidurmu kali ini
adalah tidurmu yang abadi.
.
10 comments:
salam zam
terimakasih kerna mengingatkan aku.
selamat bersuluk
Azani,
Harap aku dapat gua yang baik-baik untuk lakukan Pati Geni...
Tidurlah dengan tenang....
Beruzlahlah.....hingga ketemu cariannya...
Cklah,
terima kasih... hingga mendapatkan hasilnya...
jangan lupa bangun ya.
selalunya beruang je yang hibernasi
dan, ulang ucapan tijah :)
Tijah,
Aku tidur-tidur ayam jer...
Cuma aku tak bulih nak tulis panjang2..
Thesis aku kena hantar hari minggu depan!!! Tetiba je nak awal. Semalam baru bagi tau..CEIT! sungguh.
KOG,
habis tu... dah aku besar macam beruang... hahaha
gua punya bajet kalau dh berhibernasi nih... komen pun tak jawab. rupa2nya jawab jugak.
ni org panggil hibernate2 ayam tau dak...
:p
.
TM,
Kan ke dah aku kata, aku cuma tak ampu nak tulis panjang2 jer...
dateline dah dekat.. aku panik ni..
Post a Comment