Monday, March 28, 2011

Mencari saiz yang padan dengan badan?

.

Masa kecil-kecil dulu, kalau sebut saja, singgah satu cubitan perit di antara pusat dan pinggang. Macam satu dosa besar untuk satu orang yang masih kecil bila menyebutnya.


Ia sesuatu perkara yang disorok-sorokkan, sesuatu yang 'hanya-perempuan-dengan-perempuan'. Sesuatu yang si anak-anak perempuan 12 tahun minta daripada si ibu, kemudian si ibu pula minta daripada si ayah. Kemudian si ayah mendengus dan permintaan dipulangkan semula kepada si ibu dengan bingkisan wang.


Sekarang ini, sesuatu yang 'itu' dipamerkan terang-terangan, di tengah-tengah orang banyak, di tengah-tengah ruang dan dihiasi dengan pelbagai cahaya lampu sorot 200 watt.






Dan mereka dah biasa dengan pameran begitu. Sambil belek-belek:
Tekan-tekan span,
Tengok kaler apa,

pilih-pilih 'cup' mana yang sesuai,
saiz mana yang muat-muat....


Di birai tingkat atas itu, beberapa remaja lelaki pandang-pandang:

Mungkin tolong komen saiz-saiz yang padan dengan saiz badan.

Juga kaler-kaler yang mengancam dan 'ngam 'dengan kaler tudung

Mungkin juga sambil telan-telan air liur.


Sekarang, perempuan itu yang jadi pameran, di bawah lampu sorot 200 watt.
Tapi hairan, yang berpeluh adalah remaja-remaja lelaki di tingkat atas.






(ini coretan sinikal tanpa niat buruk, tanpa prejudis)

.

11 comments:

SHIMI said...

sukar untuk dibayang dengan apa yang perlu dibayangkan dan terbentang di depan mata...

cabaran..cabaran.. iman bro

tasekM said...

ko sebut kutang, kan...?

he he.


:p




.

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Sentiasa berdepan dengan dugaan...



TM,
Shhh... jangan sebut...

secangkir madu merah said...

kutang tu apa?




ijam, ada org tu siap try kat situ gak sbb malas nak masuk fitting room..hehehehe..very der..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kutang tu jenama yg tasekM pakai kut...

tu kat kedai mana tu kak... ish..ish...., kat mana?

aza ni said...

aku siap tolong belikan lagi

rasanya ngam saiz, style, so far tak de complen..

aku siap interview usher tu, siap tanya 1/2 cut, ful cut
dia kata bukan cutlah pakcik...cup...yer tak yer juga, apa aku beli safety shoes ke...?


dia kata last sekali pakcik tak beli untuk pakcik ke???

????
yer tak ye juga...aku tengok depan cermin...kurang kurang 40D ni..bezanya dah pejal kematu

aku kena cek memo ni

Nizam.Ariff said...

Azani,
Ko punya cup 40D ek?
Nanti aku nak check aku punya pulak... rasa-rasanya 44F kut... kena joging gak la nih...

aza ni said...

mua ha ha ha
44F puh tahap nangka tu..


apa kejada...bapak bapak komper bd...ha ha ha...

kalau camtu baik kau pi memo cepat...boleh kanker tu...

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku enggak mau kanker...
hahahaa

ASH said...

kutang tu butang!!!
hahahaha
.
.
.
.
.
p/s
ko ker yang telan ayark liork tu Zam?
padan le masa aku nak shopping hari tu aku dengark
geleguk geleguk geleguk...
rupa rupanya engko!
hahahaha

Nizam.Ariff said...

ashley,
aku telan kopi o ais ja...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com