Tuesday, March 15, 2011

Ratapan di Masjid Jamek

.

Masjid tua di pekan Jasin

 
Di masjid tua ini saksi bersaksi, pada Maghrib itu
Mimbar dan tiang seri yang empat itu menopang kubahmu
Di sejadah ini, keluh aku tertumpah lagi
Hiba mendakap jiwa yang rebah, dua tangan yang kuangkat menjadi satu
Memohon limpah karunia, membasah hati yang sedih


Tolongilah aku yang sedang lara ini
Derita pedih dalam dada yang menjalar ke segenap nadi
Rasa terbakar gejolak jiwa seakan mahu keluar ia
Luka, dan dada yang semakin sempit rasanya


Di dalam kocekku ini, di sebelah kiri ada sekampit kecil
Cairan putih yang bisa melunaskan semua sakit ini
Apakah aku sanggup meneguk cecair ini?
Demi menamatkan derita pedih hati
Mungkin...


Maafi aku, aku tewas
Ku robek kampit cecair putih ini
Lalu ku hisap ia, perlahan-lahan
Agar cecair ini memain peran


Dalam teleku aku di atas sejadah masjid tua itu
Aku menunggu penuh cemas aksi akhir cecair putih itu
Menjalankan tugasnya membunuh segala derita aku


Silakanlah...





.

17 comments:

Linda said...

aku pasrah...
keluh dan kesah
menanti sakaratul maut
menjemput pulang

apa cukup amalku?
apa cukup ibadatku?
apa cukup bekalanku?

andai tiba waktu
aku akur...
aku kan dijemput pulang

Nizam.Ariff said...

b.kedondong,
Jangan terlalu dibuai perasaan, kelak binasa badan...


Oh ya, cecair putih 'Gaviscon Liquid Sachets' itu memang mujarab. Hilang pedih hulu hati aku seketika...


Salam.. peace... hahaha

Linda said...

haha...
aku mabuk buat design ni...

ya betul, aku pun guna Gaviscon Liquid tu gak (kalau terlebih melantak pun pedih perut gak...)

Nizam.Ariff said...

b.kedondong,
Aiik? takkan tertekan buat grafik design dah nak buuh diri....

Aku punya dah finalized ke? hahaha

aza ni said...

alu mula shak ubat serbuk cap kaki tiga,,,

salam zam, bkd

Linda said...

zam, apa cite bab keje plak kat cni? tgu ko masuk opis lah!

aku tertekan punat delete! (apa yang aku meraban nih?)
nantikan aku dan depresi...hikhikhik

Linda said...

Salam AZANI,
nasib baik bukan serbuk V*A*R*...

kalau tak...adoi! (kena ketuk pala!)

ibundo said...

maleh aku nak masuk campur

ckLah @xiiinam said...

Cecair putih tu boleh rampingkan perut tak?

ASH said...

gastrik ke weh??
.
.
.
sila makan sambal banyak banyak lagi!

secangkir madu merah said...

aku tau apa benda tu.. tapi takmo cakap...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Bukan dah kena band ka serbuk mujarobat tu?

b.kedondong,
depressi ... kena minum banyak air mutlak..hahah

b.kedondong,
aku lebih percaya daun ketum dari ubat klinikal tu..

kakpah,
alaaa.. join la.. join laaa.... 'wink...wink"

cklah,
tak boleh. tapi boleh rampingkan dompet... hahaha

ashley,
pedas-pedas cili api, lagi pedas lagi menjadi .... hahaha

SMM,
Gaviscon? hahahha...

tasekM said...

pedih ulu hati...?

makan banyak na nih...







.

Nizam.Ariff said...

TM,
asyik tidur lewat malam... ada sebabnya... nantilah masuk entri bila2...

aza ni said...

ntah zam
aku ada terperasan kat kedai sins di pg ni..

nanti ptg aku cek...aki akan info kau?
berapa banyak nak?

aza ni said...

aki lah pulak..pengaruh anjang aki la ni...

Nizam.Ariff said...

Azani,
ko snap masuk blog la.. aku tak nak. Orang kata, boleh reput perut kalau amalkan bende tu.

Kawan aku dulu-dulu kalau gigia dia sakit, dia letak serbuk tu kat gigi. Buat seminggu, dengan gigi-gigi tu reput...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com