.
Dulu, masa hingus aku warnanya hijau dan kerap meleleh ke bibir, emak aku ada bela itik air. Masa tu gasing dan lastik kerap berada di dalam saku seluar pendek yang telah pencen dari sekolah. Masa itu juga tengahari aku lebih banyak dihabiskan di celah-celah pokok pisang dan pokok ubi sambil berangan-angan kononnya aku ini raja bunian yang menghuni di bawah rimbun daunan.
Ya, masa-masa itu aku kerap berseorangan. Oleh kerana kerap berseorangan, lama kelamaan aku selesa walau berseorangan. Aku tak perlu bersosial untuk berhibur. Aku masih boleh hiburkan diri sendiri dengan angan-angan dan pisau kayu dan lastik hikmat dan tongkat sakti dan kuasa-kuasa yang keluar dari telapak tangan aku yang boleh membelah pokok pisang menjadi dua bahagian.
Masa aku masih kecil-kecil begitulah, emak selalu masak nasi dengan sayur kangkung 'jangan bening' atau masak air. Perapi sajian itu ialah kicap Tamin cap 4 matahari dan telur itik rebus.
Aku masukkan sedikit nasi ke dalam pinggan dan aku curahkan kuah kangkung banyak-banyak. Aku tuangkan kicap sampai kuah menjadi agak hitam. Kemudian, aku ambil batang kangkung yang telah disayurkan dan aku jadikan ia sebagai 'straw' atau penyedut. Aku sedut kuah bercampur kicap sambil itu aku kacau-kacau isi pinggan aku. Kadang-kadang, terlepas sebutir dua nasi ke dalam mulut. Kadang-kadang ia membuatkan aku tersedak.
Bila kuah dah 'surut', aku kupas telur itik rebus. Aku belah dua dan aku akan terlihat asap nipis keluar dari telur itu menuju ke bumbung zink karat tanpa siling. Aku tuangkan kicap lagi ke telur itu dan aku letakkan di dalam timbunan nasi bercampur kuah di dalam pinggan. Lalu, aku ramas-ramas dan gaulkan telur itik bersama-sama nasi dan kuah kangkung 'jangan bening' tadi sampai sekata. Sampailah mereka bersatu, sampailah sebati.
Kalau kicap kurang, aku akan tambah kicap. Kalau terlebih masinnya, aku akan masukkan kuah sayur kangkung itu, aku godak-godak sikit dan aku toskan ke dalam cawan. Aku bilaslah kira-kiranya.
Kemudian, aku muncungkan tangan kanan aku di birai pinggan seperti burung sedang bertenggek. Seperti Burung Raja Udang mengintai ikan yang timbul. Dengan sedikit rengekkan persis suara burung itu, tangan aku akan melompat dan 'mematuk' sedikit nasi bergaulkan telur itik rebus itu.
Kemudian, burung itu pun bawa nasi bergaulkan telur itik rebus itu ke dalam sebuah gua yang penuh batu permata. Sebaik sahaja nasi bergaulkan telur itik rebus itu masuk, gua itu pun terkatup rapat dan bergerak-gerak persis batu belah-batu bertangkup.
Begitulah seterusnya setiap kali burung itu menjunam dan terbang bawa nasi bergaulkan telur itik rebus ke dalam gua yang penuh batu permata itu sehinggalah habis segala isi khazanahnya.
Dan.... emak melihat aku dengan senyuman sayang di sana.
I love you, Mom.
.
17 comments:
aku bayangkan kau sedut kuah yg kat dlm pinggan tu sambil menyedut hingus hijau kau yg meleleh dari lubang hidung ke mulut...eeeeeyeekk..
dah boleh bukak balik dah.. haritu beberapa kali aku bukak blog kau ni, dia kata for invited bloggers only.. aku ingat kau dah tak nak kawan aku lagik..huhuhu...
tertanya2 jugak dlm hati, kenapa? apa yg dah berlaku kat kau? masih tak sihat lagi ke atau....! entahlah sbb ada beberapa kengkawan bloggers yg lain ada gak yg tak update blog sampai berbulan2 tanpa kata selamat tinggal...
SMM,
Bkak sekali sekala je kak.
Boleh kasi email? Nak invite.
kenangan yang lalu memang indah!
menutup blog yg terbuka adalah mengada.
dan.
membuka kembali blog yang tertutup adalah gedik.
ehem!
:p
.
aku lupa.
z = 42.
.
FadhilahM,
...tapi ada juga yang tak indah...
TM,
..tapi kan, kali kedua ni pesal apa title blog aku tak update kat bloglist korang ek?
TM,
Weh.... pesal no. 42? Pesal tak no. 1? ko tak nak kawan aku dah ek..? hahaha
ni misi fokus kepada jelajah blog2 yg blom dijelajah.
blog ko ni aku dh buat mcm umah sendiri.
lambat sikit pun tak pe kot.
ke ko kecik ati...?
kalau iye tu mmg saja mengada la tu...
:p
err... betul la.
tak keluar kt bloglist.
pehal yek...?
hah.
tgk.
misi jelajah aku tak siap lagi blog ko aku dh masuk 2 kali nari.
heh.
.
TM,
Tu la. bloglist tak update la... rosak la gua punya program...
Aku ingat aku nak bukak blog ni macam kedai: waktu perniagaan - 8am hingga 5pm setiap hari. hahaha
macam takde kat google reader jugak (ke kalau dah private memang tak keluar kat situ?) alaa, bukak je la, ngengada tauuu!
aku tak pernah ingat aku ada hingus hijau masa kecik... mesti aku balita tersihat dalam dunia! :)
KOG,
Hari boleh je kuar update kat bloglist. Skrg ni dah bukak perniagaan pun masih tak hapdet gak.
Betul ke tak pernah ada hingus hijau..? Hingus putih susu ada kot...? hahaha
kul 3 ni ha baru ada kat reader
KOG,
...sebab aku tukar sikit dia punya post time kut... takpe, nanti aku cuba buat entri baru... thanks.
salam zam, kat bloglist aku dia auto update, cuma blog kelembai kau tu aku kena selalu kocak dashboard.. baru tersentil...keluar...
Azani,
Tu sebab la aku privatized kan blog aku ni...
something wrong somewhere ni...
Aku dah scan online, clean.
Tapi still ada lagi lg problem...
Payah.....
Endog bebek godog....
Cklah,
Bukan setakat itu.
Endog tu digodog sekali dengan nasi yang ditanak... bila nak cari endog tu kena korek-korek nasi dulu.... hahaha
Post a Comment