Sunday, May 8, 2011

Bintang-bintang kecil di balik daun-daun Berembang

.

Petang itu, aku singgah di tempat dimana bintang-bintang berkelip di bumi. Bintang-bintang yang berjiwa tanpa ruh, yang bisa hisap dan hembus udara bumi ini. Bintang-bintang yang punyai mentera yang bisa menjadikannya bersembunyi di balik daun-daun.


Bintang-bintang yang sering tersangkut di pohon Berembang. Aku dengar kerlipan cahayanya bisa membuai jiwa-jiwa manusia resah seperti aku.






Tapi petang itu bukan rezeki aku untuk melihat bintang-bintang itu berkelip. Gurau senda hujan  kasar sangat, aku tak mampu betah lagi. Selepas Maghrib di masjid berhampiran, aku gagahkan untuk cuba. Ahh... hujan memang tak boleh dibawa berbincang.


Aku tinggalkan tempat itu dalam gelap dan hujan dengan hati yang terguris kerana tak dapat bertemu dengan bintang-bintang kecil itu, yang tersangkut dan berlindung di balik daun-daun pohon Berembang tua.









.

8 comments:

ckLah @xiiinam said...

Anak lanang tengok kunang ya Nang...

sepa said...

tangkap dan masukkan dlm botol... pastu tgk la puas2 dlm lemari... hah ha ha...

aza ni said...

kunang kunang dah ada sebotol dalam lamannya.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Hajat tak sampai. Kunang-kunang menyorok balik daun bila hujan...


Sepa,
Aku ingat cuma 'anu' je dalam botol... hahaha.

Azani,
Ada orang kata kalau simpan dalam botol nanti sakit perut sembelit seab tak kasi kunang2 tu keluar...

tasekM said...

dekat melaka ni kan.
sekor kunang2 pun aku tak pernah jumpa.
rindu betul ke kunang2 nih...







.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kat tepi laut mungkin ada kut. Kunang2 suka pokok berembang kat tepi-tepi sungai...

secangkir madu merah said...

kunang kunang tu sama ke dengan belangkas?



belangkas tu boleh makan ke?


.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kunang2 tu kelip-kelip yang disangka api.

Telur belangkas boleh dimakan... belangkasnya aku tak pasti tapi kat Johor ada restoran yang masak belangkas...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com