Friday, June 24, 2011

GLC Open Day..... Ada aku kesah ?

.

Separuh hari Jumaat aku habis di sini, termasuk Jumaat aku berjemaah di masjid yang dikelilingi pokok-pokok konkrit yang penuh dengan teritip-teritip kaca (sebelum ini aku ada ceritakan perihal teritip kaca yang memancarkan warna-warna gampang).


Aku ke sini kerana ini:







Dan aku terpaksa bergelumang dengan mereka-mereka yang hidup mati dalam dunia korporat selama separuh hari. Dunia korporat yang memang tak begitu se-gu dengan jiwa aku.







Mereka yang taksub dengan dunia itu ber-kot, bertali leher dan ada yang berbush-jacket. Sedangkan aku...






Aku hanya berseluar koldroi, berkasut yang harganya RM49.90 dan berkemeja lengan pendek, semuanya berwarna hitam. 

 




Ya, aku memang tak mematuhi kod etika berpakaian. Kalau di Pulau Pinang, aku dah dikira tak sopan kepada Yang Dipertua Dewan. Tapi... ada aku kisah? 


Lagi pun, aku rawk!!!







Dan aku masih boleh berjalan di karpet merah, seperti mereka jua...

Jadi, ada aku kisah????









.

12 comments:

Linda said...

pergh...tetamu kehormat je layak dok depan macam ko...
aku hanya layak berdiri di tepi pintu je tadi...

Nizam.Ariff said...

BK,
keretapi tak jem ka balik tadi?

Selamat berhujung minggu.....

ASH said...

AKU,
aku dapat message dari celcom." ayuh ke hari terbuka GLC di pusat konvensyen kl pada 24-26, 10 am -6pm...."
.
.
.
sms tanya pakwe aku, apekemender GLC tu?
.
.
.
dia jawab "Government Linked Companies"
.
.
.
KAH KAH KAH..
IDAK LE AKU TAHU!!!
hehehe

cikgu tadika yang buta tuli bisnes..

Linda said...

tren tak jem...
kaki aku yang jem!!!
uwaaaa

baincardin said...

Samalaa..tak berkot,bertie...t-shirt itam je. :)

Nizam.Ariff said...

Ashley,
hahaha.. ada satu lagi, aku pun baru tau.. GLiC... government linked investment companies... padahal benda ni dah berpuluh tahun wujud.


BK,
ko tak naik tren kaler pink ker? tak lah berebut sangat kut...


baincardin,
rambut kita pun hitam jugeee.... hehehe

ckLah @xiiinam said...

Aku pun tak bertai...
Tempat kerja aku tak ada pendingin hawa...


:D

Nizam.Ariff said...

Cklah,
kalau cikgu bertai... kena ada misai juga la kut? hahahaa..

addyaholix said...

kalau aku join memang aku sungguh-sungguh bergaya. janji segak. walau otak aku kosong. GLC apa ke bendanya entah.

Nizam.Ariff said...

addy,
eh, ko pun sama cam kak ashley gak... hahahaa

sepa said...

yeh yeh... rawk. rawk babe. next time pakai capal...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
yang pakai capaltu ko je... aku belum sanggup tunjuk cagu kaki kpd umum.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com