Tuesday, July 26, 2011

Marathon Cinta

.



Sepasang suami isteri yang kelihatannya berumur lewat 50-an sedang menikmati semangkuk sup ayam di gerai itu. Sekali sekala si suami akan menyudukan sup ayam itu ke mulut si isteri. Alangkah romantiknya mereka itu. Si isteri kerap juga menyapu comot pada mulut si suami, diikuti oleh senyuman manis yang berbalas-balas.


Reeza turut tersenyum melihat telatah mereka itu. Kalaulah mereka itu anak kecil, bolehlah dikatakan keletah. Matahari agak terik, ia membuatkan tekaknya terasa kering. Teh O Ais yang baru dihabiskan tadi seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan kepada rasa dahaganya. Reeza angkat tangannya. Apabila seorang pelayan lelaki di gerai itu nampak, Reeza pun angkat gelas minuman yang telah kosong lalu buat isyarat ‘satu’ menggunakan jari telunjuknya. Pelayan itu angguk-anggukkan kepalanya tanda faham.


Selang beberapa minit, seorang gadis tinggi lampai berbaju kurung berwarna kuning langsat berjalan mendatangi Reeza bersama-sama segelas Teh O Ais di tangan kanannya. Reeza terpaku melihat keayuan gadis itu dan rasa kagumnya itu dibalas dengan senyuman oleh si cantik manis itu......




****



Maka, bermulalah percubaan aku untuk bercerita tentang cinta. Dan seperti aku yang anda mungkin kenali, cerita cinta ini bukan cerita cinta yang biasa-biasa kerana itu aku katakan ianya percubaan.


Cerita seterusnya bukan dipaparkan di sini. Ianya akan di dipaparkan di tempat lain... pandai-pandailah cari.








.

6 comments:

tasekM said...

ko mmg tgh mood cinta lately ni kan...?









aku paham...
aku paham...

selamat eh... :)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak lah...
Aku tengah cuba nih... agak-agak aku pandai tak susun ayat cinta. namp[ak gayanyer macam tak pandai je... tak pandai buat ayat yg panjang2. puisi boleh la...

tasekM said...

wey... cepat la buat ceritanya...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
rilek la...
aku tengah fikir plot nih...

tema pun belum pilih: romantik atau erotik... hahahaa

sepa said...

bilakah ada gegar jantung dalam pertemuan.?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
entahlah...

yang aku pasti, gegar jantung terhenti pada pertemuan yang akhir sekali...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com