Tuesday, August 30, 2011

Di pagi Raya ini, aku ditinggalkan pergi.....

.



" Maaf, aku tak dapat ikut kamu...." kataku apabila dia memujuk aku berkali-kali.

Sejak kelmarin lagi sebenarnya dia tak putus-putus memujuk aku tapi aku ini memang degil. Hati aku keras agaknya.


" Habis tu, awak biarkan saya seorang diri berkelana begitu sahaja ? " katanya sambil menghirup kopi panas selepas berbuka semalam.


" Awak sanggup ? " soalnya lagi penuh menduga.


Aku renung dalam-dalam wajah putih sucinya itu. Aku lepaskan keluhan kecil. Kemudian, aku anggukkan kepala aku beberapa kali, tanda aku sudah bertekad dengan keputusanku.


" Baiklah kalau begitu, saya beransur dulu.... semoga bertemu lagi " akhirnya, dia mengalah.


Dia letakkan cawan kopi panas yang telah kosong di atas meja. Beg besar itu digalasnya dengan payah lalu dia pun keluar tanpa menoleh aku lagi.



' Semoga kita bertemu lagi, Ramadhan...' hati aku cuba bersuara tetapi suara aku tersekat di kerongkongan.









.

8 comments:

aza ni said...

semoga jumpa lagi ..InsyaAllah.

tasekM said...

kejap je kan dh sebulan....?



aku penatnya beraya hr nih...
heh.



.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku dah janji dgn dia..


TM,
aku pun penat ni, malam tadi tido kul 3am... err.. ngantuk sebenarnya

aza ni said...

zam kau janji dengan tas ke ramadhan? he he he

tas kau rehat dulu, lps raya nanti aku order ....InsyaAllah..

aku doakan korang selamat dalam perjalanan ke dan dari TI dan seterusnya mana arah tuju

Nizam.Ariff said...

Azani,
terima kasih kerana merestui perjalanan kami... hahahaa

aza ni said...

hi hi hi...

sepa said...

syawal6 tengah tunggu. dia sedang duduk di hujung sana menghirup twinnings tea.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
biarlah dia tunggu sekejap... kuih raya banyak lagi ni... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com