Wednesday, August 31, 2011

Dunia ini bukan bulat sebenarnya...

.








Aku sedar banyak lagi sudut Bumi ini yang belum aku fahami.

Ceruk kelopaknya, rekahannya.

Kita memandang pada Bulan yang satu itu namun tak semua kita punyai gambaran yang sama.

Setiap sisi Bulan akan kelihatan berlainan jika dilihat dari sisi Bumi yang berbeza.

Sungguh benar, Bumi dan Bulan punyai banyak sisinya.

Jadi, siapa kata Dunia ini bulat?


Dunia sentiasa ada banyak seginya kerana begitulah ianya dicipta.

Mengikut peraturan-peraturan dan perjalanan takdir seperti acuan Maha Pencipta.

Acuan yang Maha Besar, ditempa menggunakan keAgonganNya.


Dan bagi aku yang kerdil ini, keangkuhan dan kesombongan langsung tak tereja dalam susunan abjad nama aku.

Kerana kesombongan dan keangkuhan itu pakaian Yang Maha Esa.

Hanya Dia yang mampu memakainya.

Hanya Dia yang mampu terima dan tahan dengan segala pujian dan pujaan seluruh makhluknya.



Bukan aku, bukan manusia seperti aku.




Berapa banyak manusia yang lupa diri apabila dipuji-puja?

Manusia tak tahan menanggung puji dan puja.

Manusia tak mampu menahan bebannya.






.

2 comments:

sepa said...

ada sorang misi seksi kat pilot-test-site tu la.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
pejamkan mata... hehehe.
camner ko bulih nampak sedangkan aku tgk berkali-kali tak nampak pun?>

mata ko tajam ....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com