Tuesday, August 23, 2011

Kupu-kupu patah sayap... menentang arus

.


kupu-kupu terkulai...





Sayap aku patah, ini ceritanya...

Aku muncul dari hijau desa, dari rembang senja, sewaktu tok mudim menyisir pisau lipat, semasa mak bidan melipat kain pelikat.


Apabila kepak aku mulai tegang, urat-urat darah mulai mengembang, aku mula melihat dunia ini dari satu sudut yang lain pula. Pandangan aku lain pula. Aku dapat lihat kehidupan dari paras punai tanah dan merbok.


Dan segala-gala yang aku lihat, aku rangkumkan menjadi satu kesimpulan yang kerap kali aku ajukan di meja kopi. Kadang-kadang sambil tertawa, kadang-kadang sambil hentak-hentak meja. Itu biasa-biasa. Ada rakan yang sampai baling-baling gelas atas lantai. Berderai.



Dari lewat senja berubah menjadi lewat malam. Ibu-ibu sedang lena sedangkan aku yang masih mentah ini masih terbang terhoyong-hayang akibat kekenyangan kopi mencari pintu pulang.


Setibanya aku di jalan raya yang lampunya sungguh kuning menggiurkan dan jalan raya yang seksi dan basah, aku terbabas ke kiri dan ke kanan. Payah nak fokus semasa terbang kalau begitu.


Kerap juga  aku menuruti hawa arus songsang. Sehinggalah aku terlihat cahaya yang sepasang ini, yang sungguh cantik, yang sungguh merdu, sungguh manis dan gebu. Lalu aku depangkan sayap-sayap untuk aku berikan dada aku sebagai bidang menahannya dari terus berlalu begitu saja. Rugi mereka.



Dalam keadaan mata yang separa terpejam dijahit kopi panas, aku terasa angin dari sepasang lampu itu datang menghampiri. Aku depakan kepak aku luas-luas untuk menyambutnya. Dengan gerak perlahan, aku dapat dengar sayap-sayap aku patah sedikit demi sedikit dirempuhnya.


Inilah bahananya bila meredah arus songsang zaman. Itulah sebabnya aku malas nak masuk campur politik nusa.. .. eh? boleh la...









.

13 comments:

tasekM said...

apsal lak ending cerita politik lak nih...?

ni yg aku serabut nih..



.

Nizam.Ariff said...

TM,
habis tu, aku tulis pun tengah serabut otak.... hahaha

secangkir madu merah said...

asyik ceriter pasal burung je..

burung yg terkurung hanya mata yg terlepas pandang..

sepa said...

kesian kekupu kena langgar.

aza ni said...

kupu2 head on dgn beam light...mujur kepak kalau kepala parah,,,,

ckLah @xiiinam said...

...dijahit kopi panas...

Unsur personiikasi yang cantik dalam penulisan kreatif.

tasekM said...

aku baca 2nd round.

ok.
aku nk tanya.
ko pernah meliwat ke diliwat nih..?



hiks.


(ni kategori komen menggguris perasaan tak nih..? ;) )






.

Nizam.Ariff said...

SMM,
kak... kali ni tak citer burung kak... ni citer pasal kupu-kupu yang hilang arah ditiup arus songsang zaman...



Sepa,
kesian lagi empunya kereta yang nak kena basuh cermin...


Azani,
Bang, tu baru kena angin sipi-sipi jer... cermin sisi. kalau betul2, abis dah...



cklah,
hahahaa... cikgu nampak ayat sekecil itu ek? biasanya kalau mabuk-mabuk ni arak jer. apa salahnya kalau mabuk kerana kopi pulak kan?




TM,
sshh...!!!!

(mana ko tau nih..? hish...)


Cer baca 3rd round, apa pulak yang ko faham...?

kucingorengemok said...

tassss! kah kah kah!

aku suci skit la, aku ingat ko ambik rasuah (suci ke rasuah?) haha.

eh aku dapat tafsir rasuah sekali baca, aku pandai skit dari tas eh? ;)

jap lagi kita mintak mahap ramai²

Nizam.Ariff said...

KOG,
rasuah? mana ada kena mengena dgn arus songsang? ooo... sebab perkataan 'kopi' ko kaitkan dgn 'duit kopi'..hahahaa

bukan.. salah. Ni aku kasi key word..
Hijau,senja, tok mudim, mak bidan, kain pelikat,
kepak tegang, urat kembang..

eh.. jap.. kalau gitu, jadi balik cerita tu la..

senang gini la, selang dua perkataan dalam cerita itu adalah 'keywords'... hahhaa

Nizam.Ariff said...

KOG,
pada asalnya, aku nak guna ' ... melihat kehidupan pada paras helang melayang...' tapi tak jadi. Aku tukar kpd punai tanah dan merbok sebab 'helang' tu tinggi sangat untuk kupu-kupu ... punai tanah dan merbok ni kira golongan biasa-biasa yang kerap turun ke tanah dan terbang ke dahan pokok jer. tak macam helang yang melayang ke awan... bagi kupu-kupu, jiwa tak sampai ke situ... hehehe

kucingorengemok said...

kompleks, kompleks... aku nak sembang benda senang² je, contohnya, kau sahur apa hari ni? hehe

Nizam.Ariff said...

KOG,
hahahaa... pagi-pagi lagi ko dah lapar ek? ingat-ingat sahur lak... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com