.
Satu hari tu (sebelum bulan puasa), aku luangkan masa aku di sebuah restoran ayam yang macam baru lepas kena gelek stimrol. Rupa-rupanya bukan sahaja ayam, kambing, lembu dan ikan keli pun ada yang macam kena lenyek dengan stimrol.
Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak ceritakan yang ini.
Ketika aku asyik menunggu pesanan sampai, tiba-tiba ada seorang pemuda yang compang-camping, jalan pun bersepah dek 'weng' dan menghisap rokok telah duduk di meja sebelah yang telah dikosongkan tapi sisa-sisa makan masih belum dikemasi.
Pada mulanya, dia hirup saki baki air di dalam gelas. Kemudian dia letakkan rokoknya di atas meja. Dia ambil garfu dan mula melahap saki baki makanan yang ada: sedikit ayam, sedikit sayur. Kemudian nasi pula. Mulut habis berlemoih. Kemudian dia hirup pula sup. Lepas tu dia ulang balik makan apa-apa yang ada.
Dia hirup lagi air. Bila air dah habis, dia ambil gelas yang lain. Sambil-sambil itu matanya melirik ke kanan dan kiri. Matanya semakin kuyu. Aku tahu yang dia tengah khayal.
Bila dia perasan yang aku tenung dia sejak tadi, dia pun tak lepaskan pandangan kepada aku. Kami berpandangan seketika.
Pada masa itu, tangan aku erat menggenggam sebatang garfu besi.... sebagai langkah berhati-hati.
Tapi mata aku tetap memandang tepat wajahnya dengan pandangan yang kosong. Kosong maksud aku ialah pandangan tanpa perasaan. Tanpa senyum, tanpa benci.. kosong.
Sekejap-sekejap aku pandang batang lehernya. Aku cari kawasan urat merihnya untuk aku tusuk dengan garfu itu nanti. Kalau dia berani bangun dan berjalan satu langkah sahaja ke depan, aku akan buat dua langkah menghampirinya dan batang leher dia akan aku jadikan batang pisang.
Aku tak kisah sebab aku dikira mempertahankan diri. Lagi pun itulah masanya aku praktikkan ilmu tusuk batang pisang yang selalu aku buat semasa kecil-kecil dulu.
Bila dia lihat aku tenung dia tanpa perasaan, dia cepat-cepat habiskan apa yang ada kemudian dia berjalan keluar. Rokoknya tertinggal di atas meja dan masih berasap.
Kemudian, pelayan pun datang membawa sedulang makanan. Aku alihkan pandangan aku kepada pelayan itu. Aku tenung muka pelayan lelaki itu dalam-dalam, tanpa senyum kerana adrenalin untuk membunuh masih banyak dalam aliran darah aku. Dalam terpaksa, aku lepaskan garfu itu perlahan-lahan.
Nasib kau baik, wahai pelayan.
.
13 comments:
satu hari, masa aku tggu dlm keta belakang pejabat pos sibu juga adalah belakang kfc.
ada dua orang bebudak dlm usia kecairan identiti selongkar tongsampah kfc. diadua orang dapat byk ayam yang tak habis dijilat jari.
jam tu dan kat situ jugak diadua orang makan sisa2 ayam tuh dan minum beberapa gelas yg masih berair.
rupa2nya, ramai kita2 yg makan kat kfc, tak makan abis.
.
kalau pelayan tu pompuan mesti ko suap dia makan eh...?
rasa nk membunuh hilang terus.
.
sepa,
aku mmg pantang org makan tak habis.
pantang betul...!
.
sepa,
bagus sungguh konklusi kamu.. ya, ramai yang masih belum pandai jilat jari dah berani makan ayam kfc...
hahahaa
TM,
Dia tak berani suruh pelayan pompuan yang hantar... masa tu muka aku bagai ada topeng Predator 2...
TM,
makan tak abis tu mungkin sebab tak sedap kut.. atau tengah-tengah makan tetiba sakit perut....
ok guys..
nk bobom dah...
nite.
.
TM,
nite... tgh tengok lumba tikus bodoh ni...
orang gelandangan kot?
Pesanan kerajaan msia 'jangan slah guna perkakas untuk menghidang'
nasib baik pelayan tu tak kena 'tikam'..
Azani,
tak ... bukan ... dia penagih dadah... muda lagi, dalam 20an.
Hani,
takkan nak makan ayam goreng guna sudu plastik kut.. mana lut. ayam tu semua ada ilmu kebal tak lut plastik...
jeb,
gua bukan gay...hahaha
mat pet pun tau rase nak makan nasik juge....heheh~
GB,
tu la.. mula-mula tu kesian...
tapi lama-lama jadi geram pulak...
Post a Comment