.
[ Juga ada cerita tentang lailatul Qadr di Ramadhan 8 di MM... ]
Satu waktu dulu, (arwah) bapak pernah cerita kepadaku tentang lailatul Qadr apabila dia ditanyai tentangnya oleh aku. Bapak, yang memang suka berkisah bila kena pada masa dan suasananya, terus ceritakan 2 cerita tentang lailatul Qadr.
Kisah pertama, berlaku di Tanah Jawa satu waktu dulu yang mungkin mitos atau mungkin cerita rakyat.
Sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel. Masih lagi budak. Suami isteri itu, seperti semua pasangan yang lain, menaruh harapan yang setinggi Merapi terhadap anaknya itu.
Apabila tiba bulan Ramadhan, pasangan ini bercita-cita ingin ketemukan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Tuhan Maha Pemurah memakbulkan niat dan doa mereka itu.
Pada satu malam yang gemilang, turunlah lailatul Qadr kepada mereka. Lantas si suami itu berdoa : ... jadikanlah anak kami gilang gemilang seperti emas kemilau yang cantik....
Pada paginya, didapati anaknya telah bertukar menjadi patung emas ...
Kisah kedua, berlaku keatas diri bapak sendiri.
Satu malam itu, dalam bulan Ramadhan, bapak terjaga dari tidurnya. Tekaknya haus. Terasa panas. Dia pun bangun dari tempat pembaringan lalu menguak daun tingkap. Dia terkejut kerana di luar sana cahaya bulan terlalu terang. Malah, ceritanya, terangnya seperti siang hari.
Tiada suara cengkerik atau burung hantu bersahutan. Apa yang didengarinya ialah bunyi angin seperti ribut yang kasar, seperti ada puting beliung. Anehnya, pokok-pokok tidak bergoyang langsung. Tegap berdiri tak bergoyang.
Seolah-olah bunyi tersebut berada hampir di telinganya. Dia takut. Seram yang amat. Dia ke dapur untuk minum sebelum kembali ke tempat pembaringan.
Tidak diceritakan apa yang dia doakan....
.
8 comments:
ustad aku pernah cerita.
lailatul qadar dikatakan berwarna putih.
ketika dia turun.
mintalah apa yg dihajati.
satu malam.
si polan telah berjumpa lembaga berwarna putih.
kamu nk apa?
tanya lembaga tu.
aku nak kaya.
kata si polan.
lembaga tu bg roti kaya.
rupa2nya bai roti.
ko ada rasa nk pukul tak ustad tu..?
haha.
.
TM,
tak.. aku rasa macam nak pukul ko...
hahaha
balas balas pukul ek? hi hi hi
hahahaahaaa..lawak cerita TM tuh.
kisah tas tu aku tau nipu,
kisah ko yang buat aku konfius.
ada unsur-unsur mistik.
Azani,
itu kurang.. biasanya malam jumaat aku main geget geget... Grrrrr...
Hani,
bukan cerita je, dia sendiri pun lawak sebenarnya.. tak caya pi la jumpa ngeteh dgnnya...
Ros,
tu la... aku buat cerita penuh dengan emosi mistik tapi TM buat cerita lawak lak.... hahaha
abah aku pernah cerita, kalau malam lailatul qadar berlaku, air takungan di dalam bilik air jadi beku mcm air batu...
SMM,
aku dengar lebih kurang yang sama... ada kes bangun tengah malam nak minum air kopi tapi air tu dah jadi macam jeli...
Post a Comment