imej: google ntah kat mana... |
Rindu menjengah dari jendela air mata
mentari itu silaunya memanah pedih, jauh
dari bubuk pilu, terbang kelkatu melayang pergi
ke langit jingga yang baratnya telah condong
ke laut mati.
Dia itu takut-takut menyapa sepi yang sepi
kerana sepi itu hatinya dibalut senja
dari balik dedaun jendela, bergenang air mata
melihat segala-galanya pergi.
Langit jingga membaham sisa-sisa cahaya
lalu gelap pun menjadi raja
malam kini, air matanya sembunyi
di balik mimpi.
.
7 comments:
supaya ia menemui kembali chaya yang hilang
semuga ia... bukan supaya. pagi2 ni lidah terbelit pulak.
ada dop orang nak tolong seka air mata cheqna ni??
aku anggap gambar dan puisi adalah berkaitan.
jiwa pompuan mana la yg ko selami ni eh...?
:)
.
Kakpah,
esok paginya kalau tak kiamat, cahaya kan datang... hehehe.
semoga kakpah dan kita semua sehat dan afiat...
Cheqna,
jangan ko tanya cenggitu dik oii... karang banyak sapu tangan yg datang nak tolong lap pipi tu... hahaha
TM,
gambar tu sepatutnya gambar budak lelaki bernama Aeron... kah kah kah
teringat ngan criter yang aku tengok smlm : 'jangan bakar mayat anak aku'.
Sepa,
weh.. apa punya tajuk tu..? ganas giler...
Post a Comment