Saturday, September 24, 2011

Perlukah menulis panjang-panjang sedangkan inti patinya hanya...

.


1 ?







.

7 comments:

Nizam.Ariff said...

...kecuali kalau dapat melihat yang banyak dari yang '1' itu, kerana walau '1' ianya membawa lebih banyak persoalan...

inilah cerita hari ini:


Memang ESQ tapi ESQ yang ini aku tak nampak kontroversinya. Mungkin sebab program 3 hari ini disesuaikan dengan kompeni aku. Sudah tentu ada guidelines dan objectives tertentu yang ditentukan oleh kompeni. Rujukan pun hanya dari Al-Quran dan Hadis.


KAlau tak silap aku, module ESQ yang kontroversi itu termasuk rujukan-rujukan yang diambil dari kitab-kitab lain. Lalu dilakukan perbandingan terhadap sains... secara tak langsung 'membenarkan' rujukan kitab-kitab selain dari Al-Quran.


Sebenarnya, aku mahukan module yang yang itu. Aku mahu tahu bagaimana rujukan itu diambil dan aku mahu lihat sejauh mana ia menolak sempadan kontroversi tersebut. Aku hampa.


Mungkin kalau training ESQ yang terbuka kepada orang ramai menggunakan module yang kontroversi tu kut.


Kalaulah tak ada, maknanya ianya dah diubahsai berikutan kontroversi tu.





.

Lily Abdullah said...

Aku sering memusing ayat untuk menulis rasa yang sama.
'
'
'
Itu aku. Dan aku sendiri jadi jemu.
.
.
.
Mula rasa mau berhenti!

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
jangan jemu kerana bila jemu, jiwa kita pun jemu untuk terus hidup,kak...


menulislah seolah-olah dengan menulis itu, dada kita bisa berombak dan meneguk angin untuk menolak darah ke dalam jantung.

menulislah seolah-olah dunia ini bakal kiamat dan batang pena itu mendoakankan kesejahteraan kita semua di sebalik sana, kak...

menulislah lagi... dan lagi.... dan biarkan ayat-ayat itu terbang pergi seperti bebunga lalang yang ditiup angin petang lewat musim kemarau, lalu jatuh di dataran lain untuk tumbuh dan melata...

tulislah, walau hanya dengan hatimu, kak... walau hanya dengan matamu kak... walau hanya dengan senyummu kak... walau hanya dengan airmatamu yang menitis di atas kertas putih lalu membentuk corak-corak abstrak yang hanya kakak tau apa maknanya...


tulislah...........

sindiketsulit said...

rupa-rupanya isi entry ada kat comment box.

nasib baik aku bukak dan baca.

(:

Nizam.Ariff said...

Ros,
sajaa.. mencipta kelainan... hahaha

aza ni said...

modul esq yang satu masa dulu diperkatakan itukah...?aku pun tak tahu apa butirannya, jadi tenggelam punca.

Nizam.Ariff said...

Azani
ya.... yg itulah tapi yang ni tailored atas permintaan.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com