Friday, September 23, 2011

Aku ini fosil hidup yang terenap dalam sedimen laut mati....

.
[ maaf kawan-kawan, selama 3 hari ini siang aku menjadi malam dan malam aku menjadi kelam. kerana itu, aku tak dapat mengunjungi kalian di siang hari. tunggulah, sehingga semuanya selesai, InsyaAllah, tulisan aku akan lebih difahami dalam entri-entri mendatang... ]









Aku fosil, tolong jangan umpil aku dari enap masa,
lapisan sedimen enapan yang penuh temulang purbawara.

Aku telah lama terendam menjadi fosil hidup di lapisan enap mati,
aku ini fosil yang telah merakam cerita tentang alam diri,

Mereka berani membuka pintu, membalas ketukan dan salam,
membuka tingkap lalu membiarkan masuk sinar penulis kalam.

Tentang seorang tua yang berjalan mencari arah masjid yang di Utara,
Tentang seorang pemuda yang berjalan mencari arah qiblat yang ke Selatan.

Ini tentang aku yang melihat semua,
Ia tentang sejarah hidup yang aku cerna.


Tinggalkanlah, biarkan aku mendap bersama-sama lapisan masa.





[di SACC - 23.9.2011]

.

12 comments:

ibundo said...

sibuk bebenau ke..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
tak sibuk tapi kena kuarantin dalam dewan.... ESQ punya hal.

gadisBunga™ said...

jadi fossil bagus. lama2 boleh korek bila dah jadi petroleum. huhu~

Nizam.Ariff said...

GB,
tapi kan... selagi orang belum jumpa, punyalah boring menunggu lama2... dalam gelap, ditemani mayat2 yang mereput... dah busuk.. eeeiiii... yeyek!

tasekM said...

ada yg kata esq tu sesat.


err... esq apa yg ko maksudkan nih..?





.

sepa said...

aku pernah attend ESQ... kompeni yg hantar.
pendapat aku : kursus yg menakutkan dan menyeramkan. dgn dentamdentum bunyi music. criter bigbang, nebula dan segala di cakerawala. disuruh menangis2. pendek kata macam ritual la. pernah gak aku ke markas arqam dulu, nak tengok cara hidup diaorg. arqam masih ok lg.!
bab last - yg peluk2 partner tuh. menangis di bahu kawan. seram beb.!
hahaha... :)

tasekM said...

sepa,
apa bab nk kena peluk2 partner eh...?
ni kalau dia tau nih mmg dia dok sebelah pompuan.

:p




.

sepa said...

tm,
hahaha... aku agak dia 'grap' 3 terus... :)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku pening... konsert rock pun tak bingit macam ni...



TM,

Beristighfar dik.... sesungguhnya.. (sambung sendiri ayat).......



Sepa,
Beristighfarlah sahabat semut... sesungguhnya.. (ayat sambung sendiri)....

sepa said...

AstaghfirulLahalazim...

AstaghfirulLah Rabbal Baraya.

ko dah sampat part lap kasut kawan-sebelah tak...?! tuh acara penutup kot...!

sepa said...

silap eja;

sampat >>> sampai

Nizam.Ariff said...

Sepa,
belum.... esok kot...
aku pakai selipar jer, mana nak lap nyer...

dah tu asyik bukak kasut memanjanng, buat apa aku pakai kasut?

hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com