Tuesday, October 11, 2011

... lalu sepi pun menggenggam hatinya....

.


"... ibu.... pandang Nia, bu... "

Tangan kanak-kanak 5 tahun itu tergapai-gapai mencari-cari muka ibunya. Cepat-cepat ibunya mengambil tangan anaknya lantas meletakkan pada mukanya. Si ibu tak mampu berkata apa-apa lagi. Mulutnya terketar-ketar menahan sedu. Matanya tak mampu lagi menyeka air mata lalu dibiarkan mengalir turun dan menitis di atas cadar putih katil di hospital itu.



" ... ini... ibu ada ini... dekat dengan Nia..."

Suara si ibu tersekat-sekat menahan sebak. Dia tak mahu anak kecil itu tahu yang dia sedang merasai pilu yang teramat. Dia perlu kuatkan semangat agar anaknya juga kuat menghadapi kesakitan itu.


".. mana..? Ibu pandang Nia tak..?"


" Iya.. ibu pandang muka Nia..."

Sebak meratah hati si ibu. Anaknya tak boleh lagi melihat. Tubuhnya kurus kering. Kulitnya umpama selimut nipis di atas tulang. Si ibu sungguh tak sanggup melihat anaknya menghadapi saat-saat getir menghadapi maut.



" Ibu.... sayang Nia? "

Pertanyaan anaknya itu tak dijawab. Suaranya seperti tersekat di kerongkong. Bahunya bergegar kuat kerana sedu-sedan namun suaranya ditahan-tahan.



"... ibu... ? .. ibu... sayang Nia? "


Si ibu mengangguk beberapa kali. Hanya itu yang dia mampu lakukan walaupun dia tahu mustahil anaknya melihat anggukkan itu. Dia rasakan langit seolah-olah menghimpitnya. DIa rasakan udara seolah-olah menipis dan vakum. Dia sukar bernafas.


" Ibu memang sayangkan Nia sejak dari dalam perut Ibu lagi... Nia bersabar .. "

Si Ibu terpaku. Bibir anaknya sudah tak bergerak-gerak lagi.

" .. Nia... ? "

Dada anaknya sepi.

".. Nia...? "

Sunyi. Tiada degupan lagi.


Dan si ibu tak sempat memberikan jawapan kepada Nia. Nia pergi tanpa sempat mendengar jawapan 'sayang' dari ibunya sendiri...



" NIAAAAAA....!!!"


Terlambat.





.

4 comments:

ckLah @xiiinam said...

Innalillahi...


Ibu yang ini turut jadi sebak..

Nizam.Ariff said...

Cklah,
huhuhu... bayangkan kalau itu benar-benar berlaku di depan mata... yang melihatnya pun tak sanggup menghadapinya

sepa said...

criter nih terlalu pilu la brader... wa yg brutal nih pun terusik gak jantung...!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
jantung memang kena selalu sentap, kalau rilek jer, mati la weh.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com