Saturday, October 22, 2011

Petua dalam berkomunikasi...

.


Kalaulah sekumpulan manusia itu boleh diklasifikasikan kepada 3 tahap:

Tahap 1 - Golongan pekerja
Tahap 2 - Bos kepada pekerja (pengurus ~ pengurus besar).
Tahap 3 - Bos kepada bos kepada pekerja (tuan pengarah ~ lembaga pengarah).



Mereka -mereka ini, jika diberikan arahan, akan berperangai seperti berikut: Buat, Faham, Percaya ( Do, Understand, Believe), Biasanya begini: 

Tahap 1 - Do >> Understand >> Believe.

Suruh mereka buat dulu kemudian mereka akan faham. Bila dah faham, mereka akan percaya. Bila dah percaya dengan kita, lain kali kalau disuruh dengan mudah mereka lakukan tanpa dipaksa-paksa lagi.


Tahap 2 - Understand >>  Do >> Believe

Mereka mahu faham justifikasi arahan dahulu, barulah mereka lakukan seperti mana yang diarahkan. Jika arahan tersebut dirasakan tidak menasabah, mereka tak mahu buat. Adegan pujuk memujuk dan sesi penerangan yang berkali-kali mungkin diperlukan sebelum boleh suruh mereka buat kerja.


Tahap 3 - Believe >> Understand >> Do

Orang-orang ini perlu diterangkan dan diyakinkan sehingga mereka percaya. Bila mereka percaya dan faham kehendak kita, barulah dia lakukan seperti mana yang dihajatkan. Biasanya, ketika meminta bajet atau kelulusan. Setelah mereka percaya dan faham dengan kehendak kita, barulah mereka berikan kelulusan.



Itu dalam arena pekerjaan. Perkara itu juga boleh diadaptasikan untuk hal-hal keluarga. Ianya seperti berikut:


Tahap 1 - anak yang masih bersekolah rendah. Suruh buat kerja. Ikut arahan tanpa banyak bertanya mengapa dan bagaimana. 

Tahap 2 - anak remaja. Bila disuruh supaya buat itu ini, mulalah banyak helah atau kadang-kadang bertanya balik kenapa dia disuruh.

Tahap 3 - Bini. Perlu dapatkan kepercayaan daripadanya. Bila dah dapat, jaga pula kepercayaan itu. Bila dah percaya dan faham, apa-apa pun boleh dicapai dan senang untuk diluluskan.. atau diserahkan bulat-bulat tanpa banyak soal...

Ek..?






.

3 comments:

tasekM said...

kesimpulannya.
para bini...
jgn kita percaya sgt ke para suami nih..

keh keh.



.

sepa said...

menarik artikel nih.

tapi

tang suami hensem dan maco.! duduk tahap mana, bang?

hehehe... (*saje nak apikan tm...*)

.

Nizam.Ariff said...

TM,
ada kuasa veto.. hahaha...



Sepa,
kalau macho dia duk tahap gaban... kakakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com