.
Selepas kegelapan ada kehijauan, tetapi di luar sana. Untuk mendapatkan hijau yang subur itu, aku perlu meniti satu titi yang berliku. Jika aku tak sanggup meniti titi yang berliku itu, aku akan tetap dalam kegelapan gua.
Takut juga aku nak meniti, walau ada tempat berpegang, kalau-kalau titi itu tergoncang atau kaki aku tiba-tiba longlai atau titi itu rapuh dan aku terbabas lalu jatuh.
Percaya atau tidak, ada seekor ular berwarna kelabu bercampur hijau sepanjang lebih 1 meter sedang menjalar di belakang aku. Ia sedang mencari tikus atau anak kelawar yang jatuh di atas lantai gua. Mungkin juga ular itu mencari aku dan memukau aku dengan tenungan matanya... lalu aku lalai dan leka dalam kegelapan gua.
Jadi, diantara ular berbisa dan titi yang mungkin reput itu ada aku.
Dan diantara kegelapan dan kehijauan itu juga ada aku.
Cuba teka, dimanakah aku ketika itu?
Ingat. Cerita di atas adalah samaran tentang hidup ini.
Jawapannya mesti tak semudah ABC...
.
7 comments:
d zoo negara.!?
di mana-mana pun boleh.tapi jangan di perut ular atau di dalam gaung..
ko diawang-awangan la aku syak.
ko kan jenis manusia wasap-wasap...
:p
.
ni pehal post n3 pukul 2 pagi nih....
tak boleh tidurkah?
.
Sepa,
tettttt... salah. terlalu fizikal.
Jeb,
tettttt.. salah gak. terlalu fizikal gak.
TM,
hmmm.... hampir betul. non-fizikal.
Mata ngantuk tapi otak aku belum ngantuk... tu sebabnya. jadi, aku dimana ketika itu agak-agaknya?
ko d dlm mimpi.?! brader, main teka2 cam nih ada hadiah tak? :p
Sepa,
ok lah ... lagu pun dah nak basi entri ni...
aku dalam kebingungan.. keh keh keh
Post a Comment