.
Di Selandar (Melaka), ada sebuah kr1m yang baru di buka. Kedai tu bukan sekadar jual kr1m, dia juga ada jual pelabagai barangan yang kebanyakkannya lebih murah dari kedai runcit di kawasan perumahan aku yang macam 'hampeh'. Bayangkan, dalam kawasan perumahan aku, air gipsium penyejuk badan cap Badak Sumbu berkaki tiga dijual pada harga RM2.00 sebotol. Kalau aku keluar pagar dan beli di kedai minyak Siput Sedut, harganya RM1.60 sebotol. Kalau aku pergi jauh sikit ke kedai runcit, boleh dibeli pada harga RM1.50 sebotol.
Tapi, aku tak nampak pula air gipsium penyejuk badan cap Badak Sumbu berkaki tiga di dalam kedai kr1m. Barang-barang lain ada dan aku beli yang ini:
Saja nak cuba. Susu tepung serbaguna tu harganya memang murah. Air berperisa cokelat itu pula 1kg hanya RM9.90! Rasanya tak taulah lagi tapi...
Aku tak pasti di kawasan anda ada atau tak kedai kr1m. Aku sahaja singgah sebab kedai di Selandar itu masih lagi baru, barang-barang pun belum banyak. Dan apabila aku curi-curi dengar, ada seorang pemuda memberikan arahan itu ini dan nasihat itu ini, contohnya nasihat tentang bagaimana mahu melayan pelanggan.
.
9 comments:
dekat myden ada juga di jual barang jenama najib nih.
oleh kerana tisu cap scotch yang tebal adalah lebih murah dari cap najib yang nipis, maka aku beli tisu scotch sahajalah.
ya.
kena hati2 juga membeli barang cap najib tau.
sbb tak semua murah.
.
aku tunggu kalau ada yg buka kat pg..
TM,
Tu sebab aku pun cuba dulu... kalau tak sedap tapi berbaloi, apa salahnya. Macam susu tepun tu, boleh digunakan untuk ganti susu pekat manis atau krimer bukan tenusu... atau buat kuih...
Azani,
Tak semua barang murah... ada jenis2nyer je...
betol tu.. aku pun pernah buat N3 pasal kr1m ni... kr1m yg pertama dibuka dekat stesen lrt dekat rumah aku ni... memang betol barang2 yg dijual bukan semuanya murah.. aku pun tak berapa pasti sbb selalunya bila beli barang kat giant atau mana2 pasaraya yg sewaktu dgnnya aku main amek je sbb bukan aku yg bayo hehehehehe..
SMM,
kita perlu bijak, kita beli mana2 yang berbaloi sahaja...
Mana murah mydin, giant atau kedai najib?
mydin, giant atau kedai najib...
tak semua murah, tak semua mahal
tak semua mahal itu sedap
tak semua murah itu tak sedap
kena bijak membeli
kena bijak menilai
kena rajin bertanya
yang nyata, aiskrim kotak kat KR1M boleh tahan juga rasanya...belum sakit perut lagi laaa
brader,
apsal semua barang pakeging sepesen jeh...
tak selera tgk... kang ko beli tepung dapat susu dlmnya, beli susu dpt serbuk teh... kahkahkah...
aku berfikiran positif...! :p
Ashley,
aku tak tahu lagi, belum periksa tapi 2 barang tu aku beli sebab memang lebih murah... tapi rasanya belum tahu lagi sedap ke tak...
BK,
betul .... betul..... betul....
kena cari 'value for money'...
Sepa,
aku terfikir gak tapi aku juga berfikiran positif, dia org nak kurangkan kos packaging...
kalau kurang positif: dia org nak jadikan logo 1Malaysia sebagai media untuk berpolitik.
Kalau negatif: nasib baik dia orang tak letak gambar dacing... macam yang kat baja subsidi tu...
hahahaha
Post a Comment