Wednesday, September 11, 2013

Seluang lemas di laut lepas...

.


Seluang bermain ombak tapi laut lepas bukan permainannya. Seluang akan lemas kalau tak cepat berenang ke pantai. Buih di pasir pantai adalah mainannya, gigi ombak yang memutih adalah had taman indahnya. Seluang jangan berani pergi jauh-jauh. Tak boleh melangkah gigi ombak, nanti akan diterkam dan dibawa jauh ke tengah.


Apabila seluang dibawa jauh, seluang akan lemas... lemas... lemas...
Pada ketika itu, berdoalah ia agar langit masih mahu membiru, angin berhenti menderu
Semoga dalam tenang seketika itu seluang dapat menarik nafas mengisi paru-paru.



Jap.. .jap...Seluang ada paru-paru kah?

Tapi, seluang juga ada di sungai.

Dan yang untuk di sungai ini, sebahagiannya ada di restoran Temerloh Catering di Dataran Automotif, Seksyen 15, Shah Alam. Ini diantara seluang-seluang yang lemas di lubuk dan dibawa ke kuali...



Seluang goreng rangup berempah... terus kunyah semua sekali, tulang pun rangup


Juga ada ikan putih / anak lampam goreng... juga rangup... juga boleh di ratah tulangnya


Anak ikan memang sedap... kalau pandai gaya menggorengnya, boleh diratah hingga ke tulang sampai puas. Bukan senang nak cari anak ikan di bandar.





.

16 comments:

Su @ Aya said...

nampak sedapnyaa.. terliur weyy!

ikan puyu atau sepat, digoreng garing2 pun sedap, kan.

cinta said...

di bandar byk juga anak ikan. genus homo. heheh..

Kniedaz said...

ikan kecil-kecil tu memang sedapnya digoreng rangup...

Dr K said...

melambak anak ikan kat bandar bro...hahahaha

seluang ni spesis ikan sungai kah? atau dua dua alam ( sungai/laut) dia bantai?

LydSunshine said...

suka selera temerloh ke en nizam ni/

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
kalau ikan puyu dan sepat dah dewasa, tulangnya payah nak garing... sedap kalau massih anak-anak lagi..


CInta,
aku dah agakkk!
memang ke situ peginya...


Kniedaz,
Ya, kena pula dicicah ke sambal belacan atau sambal kicap.. pergh!


Daddy Ziyyad,
Seluang di kota biasanya jenis satu alam je tapi 2 spesis berlainan. Seluang sungai yang aku makan tu jenis sungai je, kalau ke laut dia boleh mati...


LyDS,
Aku suka ikan darat berbanding ikan laut. Nanti bolehlah suruh hubby awak tapaw patin tempoyak kat restoran tu ek..

sepa said...

dah rentung garing pun ko masih kenal itu Seluang bro.! wa kagum bro.

:)

selamat menjamu selera bro. ko tak makan baung.?!

sepa said...

Bro, buku baru luh tuh, wa like x1000... kagum eh.

wa dapat rasakan mimpi merupakan sebuah pentas yang indah.

malam ini wa mau bermimpi jugak, wa mau catat itu mimpi, dan mau cuba compose, dan tulis... wa pernah cuba, bro.! disebabkan mimpi kekadang banyak tak masuk akalnya, bila wa cuba tulis, wa terhenti - kerana mana mungkin mimpi itu mengarut.

selepas wa baca buku luh, memang itupun kehendak sebuah mimpi, dan mimpi sebenarnya di pentas yang tersendiri, dalam satu dimensi yang tidak perlu didefinisikan...

tengkiu, bro. tengkiu atas pemberian buku itu...


:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku kenal ikan rentung tu sebab ada tertulis kat situ...hahaha


Pasal mimpi tu, aku syorkan ko kena ketepikan sistem logik dalam fikiran. Ko kena tulis apa yang ko nampak tanpa perlu fikirkan kenapa, bagaimana dan bolehkah ia menjadi begitu. Ko bukan setakat fikirkan di luar kotak tapi ko kena buang kotak tu sebab dalam mimpi kotak tidak lagi relevan...tapi selain daripada menulis apa yang ko nampak, cuba cari apa yang tersirat di sebalik jalan cerita mimpi itu...

t.a.t.a said...

gambar seluang yang first atas tu, akak tak nampak sedapnya. aku cuma nampak bentuknya macam naga-naga kecil.

kau nampak tak apa yang aku nampak?

t.a.t.a said...

eh jap, apsal akak pulak tu? ni sape yang buang U aku ni?

sudipVSsenduk said...

jarang makan ikan sbb budak2 tak suka. Kalau masak pun terpaksa asingkan isi dgn tulang

Nizam.Ariff said...

Tata,
Sebenarnya macam kuda laut.. kan?


SvS,
Beli ikan tongkol, senang buang tulangnya...

t.a.t.a said...

oh yes, more like kuda laut than naga.

Unknown said...

errr,maaf tanya,apakah binatangnya seluang itu? =.='

Nizam.Ariff said...

CKK,
Kakaka.. .ia binatang sejenis ikan.. dan bukannya naga atau kuda laut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com