Wednesday, December 21, 2011

Musim tak menjadi...

.



Gersang tanah sini,
biru langit sana,
salji puncak sini,
hujan sini sana.

Dayung bang, dayung...
menghilir bang, ke hilir,
menghulu bang, ke hulu,
berhenti bang, maaf... tak mampu.

Aduhai bang...
beras berpadi, bilis berenang,
ayam berkokok, rebung membuluh,
bang, kita tak masak.

Serba tak kena, bang....
serba tak menjadi,
bang masuk dulu,
nanti kita keluar.





.

7 comments:

Tijah said...

apa maksud eh?

ckLah @xiiinam said...

Sampan pun dah bocor sana sini...


Kena cari gam damar...

sepa said...

bang, nak eat-out lah nih.?. ko pergi midValley, layan Nando's... :)

aza ni said...

sana banjir ke?
sampai boleh bersampan?
he he

Nizam.Ariff said...

Tijah,
nih kalau tasek yang baca, dia mesti ingat pasal lucah-lucah.. ye la.. pasal dayung-dayung sampan sampan... kah kah kah...


Cklah,
dah namanya pun musim tak menjadi, kejap panas kejap hujan... kenalah tampung mana-mana yang bocor hujung-hujung taun ni... hahaha




Sepa,
musim perniagaan tak menjadi, makan sandwich kat rumah je la...




Azani,
tak banjir, gersangg..... hujan diluar pun tak bawa makna apa-apa pun malam ni.. kakakaa

tasekM said...

tgk.
aku tak cakap apa pun...

macam2 ko nk tuduh eh...?
biasaaaaaaaaaaa dia!

:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
eh.. macam mana ko bulih patah balik ke entry belakang ni?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com