dari Pizza Vs Satay, USJ 11 |
Ada beberapa orang kawan di pejabat sedekahkan sekeping pizza siap dihiris kepada 8 bahagian. Maka malam semalam, itulah rezeki kami untuk makan malam. Bertiga. Alhamdulillah, syukur. Ada makanan untuk mengalas perut kami sekeluarga dari malam sehingga ke subuh tadi. Tidaklah kami tidur dalam kelaparan.
Tetapi kami bertiga sedangkan Pizza itu dihiris kepada 8 bahagian. Jadi, kami makan 2 bahagian setiap orang. Maka tinggallah 2 bahagian lagi tetapi kami bertiga. Macam mana nak buat ni?
Caranya, setiap bahagian itu kami hiris 2. Kini kami ada 4 semi-bahagian. Jadi, kami ambil seorang semi-bahagian. Timbul lagi masalah kerana sekarang masih ada lagi 1 semi-bahagian. Sekarang macam mana pula?
Caranya, 1 semi-bahagian itu kami hiris kepada 3 kuarter-semi-bahagian. Maka kami dapatlah makan seorang 1 kuarter-semi-bahagian. Segala-galanya licin dan adil serta saksama.
.
Soalan: Kalaulah kami ini jenis orang yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan dan negara berkebajikan, bagaimanakah cara pembahagian itu jadinya?
Hah, tolonglah jawab...
Update:
Ok. Aku ubah sikit soalan di atas...
Katakanlah kami bertiga itu mengamalkan sistem Feudal berpusat dan berpaksikan Aristokratik, apa yang akan berlaku pula?
.
11 comments:
ini dari aku :
memula, cukaikan 2 bhgn, jd tggl 6. sorang ambik 2.
.
:)
aku rasa tanya tas..dia buat akaun...aku...?
aku buat akuan...he he,aku ngaku tak pandai buat akaun..
Sepa,
habis tu cukai 2 keping pijja tu nak dibagikan ke siapa? bukankah sepatutnya kena bagi balik kepada rakyat... of coz kena isi borang BR1M... keh keh keh...
Azani,
orang akaun memang pandai matematik ... mesti dia boleh selesaikan masalah camni...
hahahaha
comel la plop cara pembahagian tu =)
cheqna,
kena buat macam tu, kalau tidak nanti masing-masing mengamuk sampai hempas-hempaskan badan... kakaka
aku rasa demokrasi habis dah cara ko tu...
.
TM,
habis tu, apa bahagian aku sebagai ketua...? mestilah aku kena makan lebih sebab badan aku besar... guna banyak tenaga...
ko mkn la megi.
kah kah.
.
TM,
itu semestinya... sedap gak makan megi malam-malam sebelum tidor... mimpi pun tersenyum jer...
itu soalan yg aku tggu2...
yg 2 lg tuh, aku nak. :p
Sepa,
itu pun jawapan yang aku tunggu2!
nanti aku suh Indah Water pos hampasnya kat ko... hahaha
Post a Comment