.
Aku biarkan fikiran aku merentasi benua-benua
Namun jasad aku masih tak ke mana-mana
Mata fikiran yang terbang berupaya melihat
Sang raja di benua mana sedang bersemayam di atas singgahsana
Berteleku, di atas lutut dagunya tersangkut
Aku bertanya, "wahai tuanku apa yang kamu fikirkan sekarang ini?"
Lalu sang raja berpaling ke arah aku sambil mengeluh panjang
Jawabnya, "aku tak fikirkan tentang diriku di sini,"
Sambungnya, "kerana fikiran aku menerawang ke seluruh benua sana
dan aku sedang melihat kamu di satu tempat
sedang duduk termenung memikirkan sesuatu."
Lalu aku tersentak dengan jawapan itu
Lantas, apakah yang aku lihat sekarang ini?
Katanya lagi, "hanya jasad aku yang ada di sini
sedangkan fikiran aku sedang melihat kamu
sebagaimana fikiran kamu melihat aku di sini
sedangkan jasad kamu entah di mana."
Lalu aku terbang kembali
Memasuki sedar yang aku tinggalkan tadi.
.
7 comments:
jurufpto tengh zooming, alih alih perasan bahawa yang di tembak itu juga sdang zoom pada nya,si juru foto
pesal asyik bermonolog je ni jam..?
.
aku tak faham mimpi ko tu~
kenapakah??
apakah????
Azani,
imaginasi ko jauh sangat ke tengah laut tu... kakaka
TM,
Senang, ringkas, perasaan memang masyuk nak bermonolog sebab...
sebab...
Sebab, aku tak tau nak cerita tanpa pendedahan... huhuhu
GB,
Oh... ini berkisah tentang physical constraint versus keupayaan akal fikiran. Akal fikiran dapat pergi ke mana-mana sedangkan pergerakkan tubuh fizikal adalah terhad. Namun, akal fikiran yang terlalu menerawang jauh tanpa homing device yang berbentuk mengenali diri sendiri akan tersesat dan tak tau kedudukkannya...
boleh..?
Cheqna,
Aku nak tulis... tapi badan aku sakit... huhuhu...
Aku tulis ringkas+padat je la...
Ko tak sihat ke ? Aku kalu tak sihat,monolog pun tak tertulis keluar ha ha..
Memang betul2 tidur terkedang bermonnolog dengan diri.
Masa tu kan, banyak sungguh ilham mari.
Kak Lily,
agak-agaknya bila dah terkedang itulah kepala lebih banyak bekerja sebab anggota lain berehat....
Post a Comment