.
Berkenaan dengan entri yang ini....
Seperti yang telah dijanjikan, inilah pantun versi aku...
Apa guna meraut mengkuang
Kalau hari masih tengkujuh
Apa diragu kasihnya abang
Kalau anak sudah sepuluh
Pagi-pagi menebas belukar
Anak Kedidi berlari-lari
Walau nisan sudah berakar
Kanda takkan mencari ganti
Kalau kaki terpijak onak
masakan tangan boleh terluka
Kalau di hati syaitan berternak
Usahkan songkok serban pun dibuka
.
12 comments:
Terbaek!!
aku anak baru sorang.
nak kena ragu sgt nih...
.
Wan,
keh keh keh....
TM,
kalau gitu, aku pun sama nih....
Tamil list? hahaha.. mmg bahasa melayu-tamil tunggang langgang... hahaha
tamil sungguh...
kahkah.
.
TM,
aku tak buang. biar jadi bahan jenaka.... kakaka
panjang komen tamil tuh. sama panjang dgn pantun ko jugak. kehkeh!
gadisbunga, si AKU dgn komen si tamil tuh berbalas pantunlah tu.. huhuhu
Aku tak de anak. Anak kucing boleh masuk tak dalam ini cerita?
Ka;au tak boleh kira, wajar sejuta kali ragu nih ha ha..
GB,
dikira pantun juga ke?
Hahaha...
SMM,
lagi teruk... kakakaka
Kak Lily,
kalau dikirakan komen Tasek, mungkin perlulah kut... hahaha
ko dah 4 series. aku belum.
nak dpt 10 anak, mau sampai 6-series, dan mgkn 7-series.
*er... tuan CieM dah 7 series...!!! :p
sepa,
mana ada weh... aku masih peugot 206 laa...
Post a Comment