Sedikit masa dulu, aku terlihat satu kata-kata iklan yang dituliskan pada satu paket pelembut fabrik... "100% dari sumber tumbuhan" dalam bahasa Inggeris. Kata-kata itu membuka satu persepsi baru kepada aku iaitu - adakah ianya bermakna pelembut fabrik yang lain ada unsur-unsur haiwan? Maka, tindakan susulan pun dibuat manakala stigma tentang pelembut fabrik ada yang berunsurkan haiwanpun melekap rapat dalam kotak kepala.
Tadi, ketika mandi, aku terlihat satu kotak berus gigi yang baru dan ada tertulis " bristles are made from non-animal origin" ... hah?
Adakah ia bermaksud berus gigi lain menggunakan unsur-unsur haiwan pada berusnya? Atau ia hanya gimik persepsi? Kata-kata yang tertulis itu tidak salah kerana memang ianya diperbuat daripada sejenis bahan plastik (nylon?) tetapi kata-kata itu telah membuka satu persepsi baru.
Dalam persaingan yang berunsurkan jatuh-menjatuhkan ini, kata-kata berikut mungkin membangkit satu persepsi baru juga:
- Karipap Segera - " diuli tanpa ada unsur-unsur dadih"
- Mee Goreng - " satu-satunya mee goreng dibuat tanpa ada aku kesah?"
- Wang sedekah rakyat - "tiada terniat langsung untuk rasuah"
- Minyak Urut - "diadun tanpa unsur-unsur syaitan"
- dan banyak lagi....
Persepsi anda...?
.
7 comments:
hmmmm...
aku seorang yg berfikiran positif, dan yg hensem maco.
:)
hmmmm....cklah pun, macam sepa. Positif, anggun dan lemah lembut.
:-)
aku penah ternampak iklan kat money changer.. Penggurup wang berlesen pertama. Beri aku persepi yang money changer sebelum sebelumnya atau selepasnya tak berlesen.
halal jakim?
halal lain macamana?
sepa,
aku pun sama... cuma aku yg pertama.. keh keh
cklah,
err... cikgu kalau dikejar lembu, lari tu lemah lembut lagi tak? hahaha
ibundo,
hahaha... betul3x.
aku pun fikirkan yg macam tu...
azani,
betul tu. aku pun asa sangsi jugak.
adakah kalau tak ada halal jakim maknanya berdosa kerana makan benda haram? dosa masuk neraka. makanya, hanya barang2 dgn logo halal jakim yang dapat menghindarkan dosa dan neraka?
orang2 jakim kena jelaskan benda ni. sepatutnya, imej yang dipotray oleh jakim hanyalah pengesahan macam ISO9000 series tu je. pengiktirafan terhadap amalan. bukan dengan mengharamkan label haram dari persatuan islam Australia atau China atau mana-mana lagi sedangkan mungkin logo yg lain tu pun ikut syarak...
orang malaysia sekarang memang gaya macam 'halal jakim' tu segala²nya ek
komen pada komen, tak komen pada entri, hehe
KOG,
aku nak tulis macam komen tu tapi aku tak berani la...
lama tak nampak.... sebuk ek?
Post a Comment