Selepas buat light grafiti di sekitar perumahan malam semalam, aku dan anak pun singgah di kedai Shell. Kami haus. Walau pun jam telah menunjukkan pukul 1 am, malam masih membahang! Kemudian, aku terfikir nak buat light trail yang dulu2 aku sering juga buat. Tapi, oleh kerana jam 1 am, tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Terpaksa tunggu sebuah demi sebuah...
Hanya cahaya, tiada kereta pun...
Hanya cahaya, tiada kereta pun...
Kereta tu nak belok ke kiri kemudian dia brek, tu sebab warna kuning lepas tu merah |
Kereta ini juga nak belok ke kiri tapi dia brek dulu baru beri signal, tu yang merah ke kuning |
Kereta ini pun sama tapi dia berikan signal dan brek pada masa yang sama.. |
Sedang elok aku talakan lensa, ada beberapa belas 'Mat Rempit' turut mengukur jalan pada malam itu. Aku terniat nak gunakan gerombolan 'Mat Rempit' murahan sebagai subjek, tentu lebih meriah cahaya di dalam foto itu nanti. Tiba-tiba aku terfikir, kalaulah aku ambil foto dia orang tentulah mereka bangga nanti. Dah pula aku dituduh menggalakkan aktiviti merempit pula.
.
9 comments:
ada tak ko ambik diaorg tengah kona baring.?! atau, tergolekgolek terpelanting.!
:)
sepa,
aku ada terniat nak ambik foto aksi tu tapi tu la.. macam aku kata tadi, nanti dia org bangga pulak...
aku berazam nk cari jejantas lain lak.
minat fotografi ni mmg ada perangai orang-nampak-nak-gaya-gila, kan...?
.
TM,
aku rasa pun gitu.
tu sebab la kut org sangkut kamera kat bahu lepas tu usung ke sana ke sini...
Ala... apa salahnya amik gmbr mat rempit. Ntah2 mat rempit rasa takut sbb ingat yg amik gmbr tu polis ke,atau wartawan yg akan letak gmbr dierang kat muka depan akhbar nanti mak derang nampak derang malu ke..
Bestnya dapat belajar teknik baru.
LydSunshine,
sebenarnya... sebenarnya.. aku risau kena kerumun dek dia orang lepas tu dia orang rampas kamera aku.. hahahaa
Ini bukan buang masa namanya, tapi ambik masa!
Wah,,eksperimen lagi ya!
ko letak kamera atas tanah eh??
Cklah,
betul tu.. berpeluh-peluh menunggu... hahaha
GB,
err.... taklah
(aku letak atas bendul/divider simen jalan raya... keh keh keh)
Post a Comment