.
Maha luas alam ini. Alam yang Tuhan jadikan masih penuh dengan misteri, sama ada pada pandangan mata zahir atau pun diluar pandangan mata zahir. Apatah lagi perkara-perkara yang sememangnya 'halus' dan terlindung dari padangan zahir. Seluas alam ini, lebih besar lagi Kebesaran Tuhan yang meliputi segala-galanya.
Pada pandangan fakir, ruang litup sejangkau pandangan mata zahir sahaja sudah cukup membingungkan. Inikan pula ada acara-acara yang mahu cuba mengukur luasnya ruang litup fikiran. Sedangkan fikiran itu paling kurang punyai 2 dimensinya yakni yang dapat difikirkan (sama ada bertemu atau tidak bertemu apa yang mahu difikirkan) dan yang langsung tiada ada lintasan dan kesannya dalam kotak fikiran. Lebih luas alam itu. Namun seluas mana pun ruang litup fikiran, lebih luas lagi Tuhan yang Maha Mengetahui.
Tak. Aku bukan nak berceramah. Itu cuma kata alu-aluan.
Aku cuma nak sentuh 2 perkataan yang telah aku tulis di sini yaitu: fakir dan alam...boleh?
Tentang fakir yang manusia kebanyakkan seperti aku ini tahu dan faham ialah orang yang miskin dari segi harta duniawi. Keperluan hidupnya terhad, apatah lagi kebutuhan hidupnya yang sangat-sangat terbatas. Menjadi orang yang fakir, bagi manusia kebanyakkan seperti aku ini, bukanlah susah. Secara amnya, semua manusia boleh menjadi fakir kerana pada resamnya, kita lahir dalam keadaan fakir juga. Lahir dalam keadaan telanjang, lemah dan tak punya apa-apa. Malah, minum pun berharap pada susu ibu. Jadi, tidak salah jika aku katakan menjadi fakir itu sangat lumrah.
Namun begitu, menjadi seorang yang fakir pada jiwa itu bukanlah sesuatu yang mudah. Memfakirkan diri bukan bermakna seseorang itu buang segala aset dan dia sudah menjadi fakir. Kalaulah darjat fakir harta itu rendah, darjat fakir yang ini adalah tinggi, paling tidak lebih tinggi daripada darjat aku sekarang ini. Bukan boleh senang-senang menyatakan bahawa "aku ini sudah menjadi fakir jiwa". Kalau tidak kena pada tempatnya, mahu mengakuinya sahaja sudah cukup malu. Bukan malu kerana fakir harta tetapi malu mengaku fakir dunia kerana darjatnya. Aku belum berani menjadi fakir dunia kerana fakir dunia bermakna melucutkan segala kehendak terhadap tawaran mewah yang dunia iklankan sama ada ketika mahu tidur atau pun setelah terjaga. Lihatlah, perkataan 'fakir' yang sama tetapi mempunyai martabat yang berbeza, mempunyai hujung sisi yang berbeza.
Tentang alam pula, oleh kerana luasnya alam ini, yang dikatakan saintis masih berada sama ada dalam keadaan quasi-statik atau menurut ilmuan fizik barat masih dalam pengembangan, sesuatu yang terkandung di dalamnya adalah seperti semangkuk Tom Yam. Anehnya, seluas mana alam fizikal ini berserta semua kandungan di dalamnya seperti Bumi, Bulan dan Matahari, ianya bermula daripada benda yang sekecil zarah! Bayangkan jika kita ada satu mesin pemampat yang amat besar lalu kita ambil semua bintang, bulan, matahari... semuanya, lalu kita masukkan ke dalam mesin pemampat itu dan di belakang mesin itu nanti akan keluar sebutir zarah! Bagaimanakah ini boleh terjadi? Bayangkanlah betapa berat zarah itu nanti. Persoalan yang pelik tetapi itulah yang para saintis telah, secara ijmaknya, sepakat menyetujuinya.
Kepada yang tidak serik-serik mengejar iklan dunia, yang apabila keluar iklan sahaja terus 'klik' (aku juga mungkin tidak terkecuali), mampukah mereka nanti menanggung segala pertanggungjawaban? Sama ada mereka sedar atau tidak, segala apa yang mereka kejar banyak-banyak itu nanti sebenarnya hanyalah sebesar zarah TETAPI amat berat untuk memikul pertanggungjawaban itu di Akhirat nanti...
Kalaulah menyetujui pendapat saintis yang mengatakan seluruh alam fizikal ini pada asalnya sebesar zarah adalah sesuatu yang pelik, maka fikirkanlah yang ini pula: alam ini diwujudkan dengan Wujudnya tanpa mengurangi atau mencelakan sedikit pun akan Kewujudannya. Kerana apa? Kerana wujud alam ini berasal 'Adam (tidak wujud).
Ya, menurut orang-orang yang berilmu, alam ini diwujudkan daripada benda yang sebenarnya tidak wujud. Kita ketahui ianya wujud tetapi sebenarnya tidak wujud kerana wujudnya alam ini bukanlah sebenar-benar wujud.
Ada pepatah 'theoritical scientists' bahawa alam ini wujud 'from nothing into someting'. Itu saintis zaman sekarang yang kata tetapi kesedaran mereka tentang itu hanya muncul beberapa dekad kebelakangan ini sedangkan para ilmuwan Islam telah lama menyedarinya!
Dan alam fizikal ini amat luas sehinggakan manusia tidak pasti dimanakah titik tengah alam ini. Oleh kerana keluasannya, maka bolehlah kita katakan bahawa dimana sahaja kita berdiri, kita berdiri di pusat alam ini.
Sekian perbincangan kita tentang 'Fakir' dan 'Alam'.
.
8 comments:
Ayu paparan itu. Sungguh mengajar!
Kang Temuk ucapkan selamat menyambut Ramadhan mulia. Semoga segala amalan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini diberkati & diredhai Allah.
Kang Temuk,
Kepada kakang juga, Ucapan selamat menyambut dan memenuhkan Ramadhan yang Mulia...
Aduh, buasir kejap otak aku. Pasal fakir tu, pernah juga saya terbaca di dalam terjemahan, surah AlBaqarah,
Ayat 273. (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.
Adakah ini fakir pada jiwa yg awk maksudkan?
Erm, tentang alam pula, ada saya membaca buku Harun Yahya yang menjelaskan tentang masa dan alam ini seakan-akan apa yg awk jelaskan di sini.
Apapun, entry ini sungguh mencabar otak untuk faham. Heheh.
thanx for sharing...
habis baca nih...
mau aku jadi dhada the second pulak nih..
keh2.
.
LyDSunshine,
aku sebenarnya nak publish schedulekan pada Jumaat tapi ter...terpublish gak..hahaha. anyway, sooner or later, isikandungnya sama je.
Ya, wahai LyDsunshine. Lebih kurang begitulah tapi itu bukan aku cakap. Itu orang-orang lain yang cakap. Aku cuma sebarkan sahaja. tentang alam tu pulak, begitulah juga... cuma alam dalam aliran sufisme ni lebih abstrak. kalau tersilap faham, biol jadinya... tapi awak boleh faham rasa-rasanya...
LadyD,
harap aku tak tersilap balas komen sebab ada two ladies here... hehehe.
Thanks for reading...
TM,
Hah... cepatlah taksub.. cepatlah taksub... keh keh keh
IE dan Mozilla tak sesuai digunakan untuk melayari Blogger, menggunakan keduanya, boleh menyebabkan dak Blogger datang sewel.
GoogleChrome sepatutnya...
itu pasalla setiap kali aku buat post, dak Blogger tak mo save. sudahnya, aku tinggalkan gitu, jeh... bukan itu yg aku nak cakap.
itu mukaddimah sajer...
*
dalam teknologi nano-materials, dak saintis ngan dak engineer, melihat pembentukan material dalam skala nano (kalau dulu, cukup setakat mikro...).
kata mereka, untuk menghasilkan sebuah bangunan yg sedangsedang besar atau jambatan yg jugak sedangsedang besar, hanya perlu bawak bahan binaan, nano-materials, sebesar penumbuk sahaja, yg telah direkabentuk, dan diletakkan di tapak projek.
kemudian nano-materials itu diaktifkan. mengembanglah nano-materials itu membentuk sebuah bangunan, atau juga sebuah jambatan yg sedangsedang besar.
mereka mempunyai fundamentalnya, dan telah membuktikan bolehjadi. dengan teknologi nano-materials jugak, yg telah terbukti dihasilkan adalah baju, yg susun atur nano-particlesnya, boleh menghasilkan sehelai baju yg tak perlu digosok sbb akan kekal kemasregang, tak perlu dicuci sebab tak lekat dek kotoran, sebagai baju hujan sbb tak menyerapdantembus air... dan masih boleh bernafas (menggunakannya sangat selesa, licin, lembut, dan ringan...)...
cuma reganya... sangatsangat berpatutan...
.
adoiiii... letih eh. rasa mengantukpun ada...!!!
sepa,
cuba ko bakor bekas makanan sterofoam, ko dapati ianya hanyalah sebesar seketul tahi ayam... hahaha
Post a Comment