.
Satu panggilan masuk dari sebuah bank yang ingin menawarkan produknya. Jom layan apa yang kami sembangkan. Diringkaskan lebih kurang seperti berikut...
CT: Encik berminat dengan tawaran kami?
Aku: Nantilah, I'll think about it.
CT: Why, sir? You know that our rate is lower than BLR.
Aku: I know that. Even if I take personal loan at 5% flat rate, it is maybe equivalent to 7%~8% reducing balance and your term loan is lower, right? Tapi bukan itu sebabnya.
CT: If you could share with us your worry, I could be your help.
Aku: Ok. Since you have asked, could you tell me how will the BLR looks like in the next 5 years?
CT: Kalau lihat the last 2 years, I could say it won't change that much. BLR macam stabil.
Aku: Are you sure? Ok. Tell me how is the CPI, also inflation rate looks like today.
CT: It is not that much upward trend, sir.
Aku: Ye ke? You tahu tak yang harga bawang putih dah naik sekali ganda? Minggu lepas I baru beli, sekilo dah naik sampai RM7 lebih.
CT: Ya, I ada dengar juga pasal isu bawang putih tu.
Aku: You dengar? You kat rumah masak atau tak ni?
CT: Hahaha... I masak, encik. I perasan yang harga bawang putih dah naik tapi tak tau sebab apa.
Aku: Sebab climate change. China is the single largest exporter and see what happen when cuaca tak menentu.
CT: Itu seasonal agaknya, tak?
Aku: Walau pun bawang putih cuma one item of more items in the inflation basket tapi ia bukan disebabkan seasonal diatas penawaran tapi kekurangan bawang putih disebabkan cuaca yang tak menentu.
CT: Chup..! Nak tanya, what is your expertise ye?
Aku: I'm only jurutera tempatan. You product is ok but I need to know the future more. I risaukan apa akan jadi kepada dunia selepas 21.12.12.... hahaha.
CT: Tentang apa tu, encik?
Aku: Tell me what happen to the world economic next year? To be specific, after 14 Feb 2013? You tahu tak yang kalendar kaum Mayan cuma sampai tahun 2012 saja sebab bagi mereka selepas tahun 2012, dunia akan berubah kalau pun tak kiamat?
CT: Kenapa encik? Macam serius saja?
Aku: You ada dengar tentang Planet X? Nibiru?
CT: Apa tu, encik?
Aku: Every 3,600 years, planet ni akan melintas hampir dengan Bumi. You tau tak yang paksi Bumi pernah beralih beberapa kali?
CT: err... ada dengar. Kenapa dengan planet tu?
Aku: Planet tu dijangka melintas hampir dengan Bumi pada hujung tahun ini. Kalau asteroid atau meteor tak apa tapi yang ini saiznya lebih kurang saiz Bumi. Yang dirisaukan ialah kesan tarikan gravitinya. Kalau pun Bumi tak beralih dari orbit tapi pasti ia akan mengganggu sistem cuaca. Kutub Utara dijangka akan terima kesan teruk. Kalau planet tu tak sedut paksi Bumi, paling tidak dia kacau orbit bulan. Bila bulan dah terganggu, pasang surut laut pun terjejas. Bila terjejas, aliran arus sejuk-panas dah berubah. Nanti ada negara yang suhu sederhana dah tukar jadi tropika dan negara tropika dah jadi sub-mediteranean. Pengeluaran makanan dunia terjejas.
CT: Are you sure you are an engineer?
Aku: Iya, betul. Kalau kutub utara terganggu, cuaca akan jadi gila. Bila dah gila, pengeluaran makanan dunia akan terjejas teruk. Bayangkan ribut sikit-sikit dan hujan yang tak menentu dah rosakkan bawang putih, inikan pula cuaca satu dunia. Ekonomi dunia akan jadi teruk. Bila teruk, I takut inflasi berlaku dan bank negara akan revise BLR. Masa tu, I punya loan dah bertambah kosnya.
CT: Jauhnya encik fikir...
Aku: Eh, tak jauh sangat. Tahun depan ni je sedangkan loan yang you nak kasi tenure sampai 5 tahun. Nanti baru serve 1 tahun, I dah tak larat nak bayar... hah, macam mana tu?
Aku: Kalau ekonomi jadi teruk, macam mana?
CT: Tak apa encik, semua wang simpanan dilindungi PIDM, ada insurance.
Aku: Hahaha... apa gunanya insurance kalau dunia mengalami malapetaka kemanusian, kebuluran. Duit banyak pun tak boleh nak beli makanan. Waktu tu mungkin telur ayam sebiji harganya RM500... macam zaman Jepun dulu. Duit tak laku.
CT: Habis tu, kalau encik keluarkan duit banyak-banyak pun tak guna juga.
Aku: (berbisik) I syorkan you beli emas. Tak payah beli emas 999. Belilah rantai emas biasa tu. Kalau setakat 800g, you tak perlu bayar zakat.
CT: Kalau dunia dah celaru, payah nak bawak emas, tak selamat pula karang.
Aku: Lebih baik daripada duit. I nak ceritakan satu kisah yang kakak ipar I ceritakan. Ada kaitan dengan emas.
CT: Apa dianya?
Aku: Ada seorang makcik berasal dari Kemboja, pelarian. Di Malaysia dia berniaga kain. Semasa di Kemboja, dia boleh dikatakan kaya. Banyak duit di dalam bank. Tapi bila negaranya kucar-kacir, sistem kewangan negaranya hancur, bank pun dah kena bom, duit yang tertulis dalam buku banknya cuma tinggal nombor tanpa erti apa-apa. Walau pun duitnya berjuta tapi dia tak boleh keluarkan duit tu. Dah memang duit tu tak ada pun. Apa yang ada cuma barang-barang kemas yang masih melekat pada badannya. Dia lari ke Malaysia dan dia gadaikan emas tu. Dia buat modal untuk berniaga kain.
CT: Ooo... betul juga tu. So, encik masih berminat dengan tawaran kami?
Aku: I take it as one of instruments yang I boleh guna untuk renovate rumah tapiii....I nak tahu juga apa akan jadi tahun depan sebelum I berani nak pinjam-pinjam duit ni....
* Tuuuttt.... Tuttttt.... *
Putuslah pulak! Aku belum sempat nak kasi ceramah sampai habis.
.
19 comments:
CPI & inflation rate... eh CPI tu bukan chap air botol ke? CPI? ke ECPI? keh keh
KOG,
Hahaha... ko memang!
Hahaha..... aku rasa cik siti tu paling tidak pun mesti akan terasa sesuatu dgn ceramah awak. Ataupun perbualan tu akan jadi sebahagian daripada pengalaMAN hidup dia yg tak dpt dia lupakan. Mmg terbaik la. Saya biasanya kalau dpt panggilan yg promote loan atau insurans ke, saya hanya akan dengar sambil buat keja lain. Bila dia tanya berminat ke tak, saya jawab 'tak'. Kenapa tak berminat 'saya hanya tak berminat'. Boleh bagi alasan kenapa tak minat , 'saya memang tak minat'. Ada apa-apa kekurangan dalam penyampaian saya? 'Tak ada'. Jadi apa yang menyebabkan awak tak minat? 'Sebab saya tak minat laaaa'. Then... tuttttt........ hehehe. Tau plak tak tahan kan?
LyD,
Masa tu dah petang, dah nak balik jadi boleh la layan lebih sikit.
Baru aku teringat, perbualan tu dirakam kan? hahaha.... biarlah bos-bos dia dengar balik ceramah aku tu... tajuk ceramah: Dunia dah nak kiamat, apa lagi nak buat loan banyak2?... hahaha
nasib baik la putus.
kalau tak...
hujung2 tu...
mesti ko kata.
esok bulih tak saya yg call awak...?
hehe.
:p
.
Ha Ha HA
lepas ni kalau ada bank telefon aku nak offer ambik insurans, kad kredit atau apa ke jadah, memang nak makan maki lagi jawabnya.
tersiksa kepalahotak budak tuh wey... ko criterla yg ringanringan kat dia...!!!
barubaru nih dak saintis decipher sekali lagi kalender dak puak Mayan tuh... dan jumpa sebab apa tarikh berakhir di situ...!!!
kalau ikutkan ekonomi cycle :
great depression berlaku setiap 100thn. yg terakhir 1929. (berlaku kerana pengeluaran makanan secara industrial melebihi penggunaan... byk industri lingkup.!)... tahun2030, akan berlaku disebabkan penjagaan kesihatan yg semakin meningkat, dunia terlalu ramai dihuni manusia, sedangkan penghasilan makanan tidak berupaya menampung... manusia pulak yg terpaksa dikurangkan...!!!
inflation berlaku setiap 10tahun...
recession setiap 3tahun...
*ewah... jd ekonomist la pulak aku arinih... tak bertauliah tapi...
TM,
taakkk..!
Aku tak sampai ke situ pun.... hahahaa
KA,
alaaa.... ko pun silap2 buat benda yang sama... hahahaa
SM,
kenapa? ko dah bersiap2 untuk menghadapi katastrofi tahun depan ke?
Sepa,
terima kasih atas info tambahan tu. Analisis yang bagus.
Aku rasa nak istikharah nak tanya sama ada aku patut lupuskan apa-apa yang berkaitan dgn pinjaman atau tak sebelum akhir tahun ni. Aku nak tau tahun depan jadi apa... jom kita buat nak? tak salah kalau nak cuba 'lihat' masa depan sebagai panduan atau ramalan... semuanya digunakan untuk merancang perjalanan hidup ini je...
tahun depan? ramalan aku lain pulak... sekejap tahun ni, sekejap tahun lepas. apa pun, aku pun tengah sediakan payung sebelum hujan ni.
SM,
Owhh... kalau gitu, aku pun perlu kumpulkan maklumat .. tengok trend cuaca sebab orang kata climate change adalah cabaran yang akan datang melanda. Aku target, sebelum akhir tahun, aku kena buat sesuatu dgn pinjam meminjam ni... aku tak nak jadi macam tahun 1998... BLR naik sampai 12%!!
ya, aku pun kena lakukan bab pinjam meminjam ni. kena tambah pinjaman, tambah hutang...! secepat mungkin.
aku tgh nak buat la nih, bang.
tp masalahnya bankbank kat bandar kecik nih tak braper nak efektif bila dibawak berurusan... ko di kota besar, senang sket, kot.!
tp, aku tetap cuba. dan masih mencuba...
SM,
hah?
Ooo... betul gak. Kalau sistem benar-benar lumpuh, NPL akan dimansuhkan je la kan? kira 0-0 la... hahaha
sepa,
nak cuba memang boleh tapi apa-apa pun keputusan pada diri sendiri, nak teruskan atau tidak... nak lupuskan asset bukan senang nak dapat balik... kan?
cuba cari ceramah imran hossein kat youtube. search prohibition of riba.
jeb,
ok... nanti aku tengok.
Lupuskan utang?aku baru je buat utang baru loan kereta.(yg tmpt kijer ko punye keluaran)9 thn le pulok.konon2 islamic loan le..
alien,
kalau islamik ni aku tak pasti le dia ikut blr atau fixed.
kalau islamic aku dulu, dia fixed je tapi tinggi interest. islamic sekarnag ni dia fixed gak tapi fixed dia punya portion je, tapi ikut blr naik atau turun...
Post a Comment