Saturday, July 21, 2012

Cerita-cerita dalam Ramadhan yang lepas....

.

Pada Ramadhan tahun lepas, aku ada tulis beberapa cerita khas di blog lain. Antara sedutan-sedutan tulisan itu seperti ini:


" Seorang lelaki merenung lama ke puncak mimbar. Dikemaskan silanya. Masjid tua itu sunyi. Sepi mengalir seperti asap-asap seksa yang meresapi setiap poros tubuhnya. Poros-poros iman yang pernah ditembusi pelbagai duri noda, selumbar dugaan."

"Semut-semut api umpama para soldadu yang sedang meniti di atas batas-batas rindu yang lopak airnya ibarat kudis-kudis buta yang perlu dilangkahi. "

" Tunas kecil itu pun menjadi pucuk muda yang hijau. Cantik. Mulus. Suci sekali. Pucuk hijau itu pun menggeliat meluruskan tulang, seperti baru bangun dari tidur yang panjang. Apabila pucuk hijau itu bukakan matanya, seluruh alam bersorak gembira. Burung-burung bernyanyi. Angin pun datang menyapa. "

" Tiada lagi hal-hal yang remeh-temeh dapat memaut kakinya ke tanah lagi. Dia terus melompat  ke dalam jurang itu dengan girang sekali. Dia tahu, ada sepasang tangan yang akan menyambutnya di bawah sana. Dia tak perlu risau, itu janjiNya. "




Di atas itu adalah sebahagian cerita. Dapatkan cerita yang lengkap di MerungMahawangsa yang ini...




.

4 comments:

bukankosong said...

oh?

Nizam.Ariff said...

bukankosong,
senang... divert ke sana je kalau nak baca... hehehe

sepa said...

ramadhan tahun nih aper pulak criter2nya, bang?!

*sajer komen sementara nak sahur. :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku tgh fikir2kan nih..
ada cadangan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com